Permohonan Biasiswa MyBrain15 KPM 2018 Online - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Permohonan Biasiswa MyBrain15 KPM 2018 Online

Published

on

Permohonan Biasiswa MyBrain15 KPM 2018 Online

Permohonan Biasiswa MyBrain15 KPM 2018 Online. Perhatian kepada sesiapa yang mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi seperti Ijazah Sarjana (Master) atau Kedoktoran (PhD). Sedang mencari tajaan biasiswa untuk pembiayaan pembelajaran? Kini, anda tidak perlu risau lagi. Permohonan Biasiswa MyBrain15 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun dibuka bagi sesi 2018 secara online.

 

Permohonan Biasiswa MyBrain15 KPM 2018 Online

Bagi sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan ingin memohon tajaan biasiswa pendidikan, sila klik Permohonan Biasiswa Shell 2018 Online.

Permohonan Biasiswa MyBrain15 terbahagi kepada dua, iaitu MyMaster (bagi peringkat Ijazah Sarjana) dan MyPHD (bagi peringkat Kedoktoran).

MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD.

Manakala, MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023.

Tarikh Permohonan Biasiswa MyBrain KPM 2018 Dibuka Dan Ditutup

Berikut merupakan tarikh penting bagi permohonan Biasiswa MyBrain KPM tahun 2018 dibuka dan ditutup:-

Tarikh Permohonan Dibuka1 Mac 2018
Tarikh Permohonan Ditutup31 Mac 2018
Portal Rasmi Permohonan Onlinehttps://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/

 

Cara Membuat Permohonan Biasiswa MyBrain15 KPM 2018 Online

1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2

2. Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.

3. Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia. Pengesahan perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk panduan penyediaan.

4. Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini.

5. Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil(capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.

  • Klik sini untuk panduan mengimbas dokumen sokongan.
  • Klik sini untuk panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF.

6. Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.

7. Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:

BILDOKUMENFORMATSAIZ DOKUMEN
1Gambar berukuran passportJPG200KB
2Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)PDF280KB
3Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muatturun format di Lampiran A

(Pemohon yang mengikuti pengajian secara Mod Penyelidikan sahaja)

PDF300KB
4Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah SarjanaPDF400KB
5Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan).PDF200KB
6Borang Pengesahan Maklumat PemohonPDF400KB

8. Pemilihan calon akan dibuat melalui sesi temu duga yang akan dijalankan sebelum pemilihan akhir dibuat oleh Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Tinggi.

9. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dan sms dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa.

10. Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Tawaran MyBrain15 ke Bahagian Biasiswa, KPT dalam tempoh 21 hari bekerja sebelum boleh memuat turun surat tawaran MyBrain15. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.

Maklumat Lanjut Mengenai Permohonan Biasiswa MyBrain15 KPM 2018 Online

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai syarat-syarat dan kriteria permohonan, tempat pengajian yang dibenarkan mendapat tajaan, dan lain-lain, sila klik:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *