Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 2018 - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 2018

Published

on

Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 2018. Perhatian kepada semua rakyat Malaysia. Menurut Pembentangan Bajet 2018 yang berlangsung pada 27 Oktober 2017 yang lepas, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) akan diteruskan pada tahun 2018.

 

Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 2018

Untuk makluman umum, tujuan Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) diperkenalkan adalah sebagai insentif dari pihak kerajaan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung ibu bapa. Bantuan tersebut adalah khusus kepada isi rumah yang berpendapatan RM 3,000 dan ke bawah bagi murid-murid yang bersekolah bermula dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5. Bayaran bagi BAP yang disalurkan ke murid-murid yang layak adalah berjumlah RM 100.

Tarikh Pembayaran Bayaran Bantuan Persekolahan Tahun 2018

Berikut merupakan tempoh perlaksanaan BAP untuk tahun 2018. Bayaran tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat, sama seperti bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

  • Tempoh perlaksanaan bayaran BAP 2018 akan bermula 12 Januari 2018 sehingga bulan Jun 2018 bagi murid-murid sesi persekolahan tahun 2018
  • Pembayaran BAP akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) atau ke Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi mana-mana sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
  • Wang bantuan akan diagihkan kepada ibu bapa murid yang layak dalam tempoh 14 hari waktu bekerja selepas peruntukan telah diterima oleh pihak sekolah

 

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2018

Berikut merupakan maklumat-maklumat dan syarat yang perlu dipatuhi untuk membuat permohonan BAP pada tahun 2018:-

  • Murid hendaklah berwarganegara Malaysia
  • Bagi murid bukan berwarganegara, salah seorang ibu/ bapa/ penjaga hendaklah warganegara Malaysia
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) termasuklah Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2018
  • Murid dalam kalangan isi rumah yang berpendapatan bulanan kasar RM 3,000 dan ke bawah. Pendapatan lebih dari RM 3,000 TIDAK LAYAK MEMOHON

 

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan BAP 2018

  1. Slip gaji terkini atau penyata cukai pendapatan terkini bagi ibu bapa yang mempunyai majikan
  2. Sekiranya ibu bapa/ penjaga tidak mempunyai dokumen di atas, mereka perlu lengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan dan boleh mendapatkan pengesahan daripada salah seorang:-
    -Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan & Profesional)
    -Pengerusi JKKK
    -Penghulu
    -Ketua Kampung

Berikut merupakan garis panduan Bantuan Awal Persekolahan 2018 kepada murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Untuk mengetahui maklumat mengenai BAP 2018 dan borang permohonan, sila klik GARIS PANDUAN BAP 2018.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *