Cara Dapatkan Simkad Percuma Unifi - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Cara Dapatkan Simkad Percuma Unifi

Published

on

Cara Dapatkan Simkad Percuma Unifi. Perhatian kepada semua orang awam. Sering kali menghadapi masalah line lembap di sesetengah tempat? Perlukan internet yang laju? Sekiranya anda masih mencari pelan telco yang sesuai untuk diri anda, anda boleh mencuba untuk memohon Unifi Mobile.

 

Cara Dapatkan Simkad Percuma Unifi

Unifi Mobile merupakan sebuah pelan Telco yang dikeluarkan oleh Telekom Malaysia, di mana Telco tersebut menggantikan pelan Webe yang sebelum ini terkenal dengan data tanpa had dengan harga yang murah iaitu RM79 sebulan. Namun, pendaftaran baru untuk pelan Webe telah ditutup dan digantikan dengan yang baru, iaitu Unifi Mobile.

Untuk pelan Unifi Mobile pula, ianya berkonsepkan prepaid (ada tamat tempoh) dan setakat ini tiada pelan postpaid diperkenalkan buat masa ini setelah pelan tersebut diperkenalkan. Sempena pelancaran Unifi Mobile buat julung kalinya, anda boleh memohon untuk gunakan simkad percuma daripada Unifi Mobile. Untuk pengetahuan anda, peruntukan sebanyak 1 juta simkad secara percuma disediakan sehingga 31 Mac 2018 ini (seorang boleh memohon sebanyak 5 simkad percuma).

Pakej Yang Terdapat Dalam Simkad Serta Harga ‘Add-On’ Unifi Mobile

 

Setiap simkad mengandungi :

  • 20GB data (LTE sahaja)
  • 50MB data (3G/LTE)
  • 10 minit masa panggilan (semua rangkaian)
  • 10 SMS (semua rangkaian)

Ini bermakna, anda akan dapat 100GB data sekiranya anda ada 5 simkad (5x20GB). Manakala, bagi pakej ‘add-on’ :

  • 8GB High-speed (4GB LTE sahaja + 4GB LTE/3G) – RM50
  • 4GB High-speed (2GB LTE sahaja + 2GB LTE/3G) – RM30
  • 2GB High-speed (1GB LTE sahaja + 1GB LTE/3G) – RM15
  • 1GB Internet  asas (1GB LTE/3G) – RM13
  • 200 min calls + 200 SMS – RM30
  • 60 min calls + 60 SMS – RM10
Cara Dapatkan Simkad Percuma Unifi
  1. Sila muat turun (Download) dan pasang aplikasi mobile@unifi dari Goole Play.
  2. Klik ‘I Want To Get A Sim’
  3. Pastikan anda klik terma dan syarat. Kemudian, klik ‘I Want To Start Now!’
  4. Setelah itu, masukkan maklumat peribadi seperti nama (mengikut Kad Pengenalan) dan nombor KP
  5. Kemudia, pilih berapa simkad yang anda ingin mohon (maksimum adalah 5 simkad bagi setiap orang). Anda juga boleh pilih satu dahulu dan tambah kemudian
  6. Confirm dan pilih self pickup dari TMPoint yang berdekatan dengan anda. Jika anda pilih untuk pos, anda akan dikenakan bayaran pos, sebanyak RM 10.60.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *