Cara Kemaskini Permohonan BR1M 2018

Cara Kemaskini Permohonan BR1M 2018

Cara Kemaskini Permohonan BR1M 2018. Sukacita dimaklumkan bahawa para pemohon yang telah mendapat sumbangan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada tahun sebelumnya, kini insentif tersebut telah dibuka untuk permohonan dan kemaskini maklumat pada tahun 2018.

Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun 2018 dengan jumlah bantuan yang sama seperti tahun 2017.

Cara Kemaskini Permohonan BR1M 2018

Sebelum itu, anda disarankan untuk masuk ke pautan Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018 terlebih dahulu untuk mengetahui kelayakan untuk memohon BR1M tahun 2018.

Telah dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran untuk permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 akan dibuka bermula 27 November sehingga 31 Disember 2017. Tarikh pembayaran juga sama seperti tahun sebelumnya, mengikut kategori para penerima iaitu  pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2018.

Terdapat dua cara yang boleh dilakukan sama ada untuk membuat permohonan baru atau pun membuat kemaskini data-data peribadi yang terkini; iaitu dengan cara online atau cara manual. Pasangan penerima BR1M pada tahun 2017 yang meninggal dunia serta pemohon yang tidak layak/ gagal dalam permohonan pada tahun lepas perlu membuat permohonan baru untuk melayakkan diri mendapatkan insentif BR1M pada tahun 2018.

Bagi penerima BR1M sedia ada, kemaskini maklumat dan data peribadi terkini perlu dilakukan sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat (seperti contoh: status perkahwinan), dengan kadar secepat mungkin. Untuk yang lain, kemaskini perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

 

Borang Permohonan Untuk BR1M Tahun 2018 

a) Permohonan BR1M Secara Manual

Untuk permohonan BR1M tahun 2018 secara manual, anda boleh mendapatkan borang tersebut secara percuma sahaja di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN, dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN yang berdekatan dengan anda.

Pemohon yang baru juga boleh mendapatkan borang dengan memuat turun borang permohonan BR1M 2018 di portal rasmi BR1M serta borang yang berkaitan:

 

b) Permohonan BR1M Secara Dalam Talian (Online)

Untuk permohonan baru BR1M 2018 dan kemaskini maklumat secara online, anda boleh masuk ke pautan e-br1m. Berikut merupakan langkah yang perlu diikuti:

  • Pilih menu PERMOHONAN BARU
  • Sila masukkan No. Kad Pengenalan dengan betul
  • Klik butang HANTAR

 

Sebarang maklumat lanjut mengenai kemaskini maklumat pemohon untuk BR1M 2018, sila klik Panduan Pengguna untuk pemohon baru, dan MyBR1M untuk semakan status, kemaskini maklumat terkini dan cetakan borang permohonan.

Be the first to comment on "Cara Kemaskini Permohonan BR1M 2018"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*