Cara Membuat Semakan CCRIS Secara Online Melalui eCCRIS
Connect with us

Info

Cara Membuat Semakan CCRIS Secara Online Melalui eCCRIS

Published

on

Cara Membuat Semakan CCRIS Secara Online Melalui eCCRIS

Cara Membuat Semakan CCRIS Secara Online Melalui eCCRIS. Berita baik buat rakyat Malaysia yang ingin mengetahui kedudukan kredit kewangan mereka. Kini semakan CCRIS secara online telah diperkenalkan dan anda boleh membuat semakan sekarang melalui online. Sebelum ini, rakyat Malaysia hanya boleh memdapatkan laporan CCRIS dengan memuat turun di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNM).

Untuk makluman, laporan CCRIS ( Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat) bukanlah satu senarai hitam tetapi ia adalah ringkasan kepada status kedudukan kewangan individu.

 

Maksud CCRIS

CCRIS atau dalam bahasa Inggeris : Central Credit Reference Information System adalah merupakan laporan/ rekod yang diselia oleh Bank Negara Malaysia. Laporan CCRIS akan mengumpulkan rekod bayaran bulanan peminjam untuk 12 bulan terkini dengan Institusi kewangan. Ianya juga termasuk butiran pinjaman di setiap institusi kewangan di Malaysia serta pinjaman dibawah pemerhatian bank, proses perjadualan dan penstukturan semula.

Nota bagi peminjam PTPTN : Semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik selepas 6 bulan tamat tempoh pinjaman akan disenaraikan di dalam CCRIS.

 

Hutang yang termasuk dalam CCRIS

Berikut adalah senarai-senarai hutang yang termasuk di dalam CCRIS :

  1. Pembiayaan pinjaman pribadi bank
  2. Pinjaman Rumah / Kedai dan sebagainya
  3. Pinjaman PTPTN
  4. Kad kredit
  5. Pembiayaan pembelian kenderaan / kereta dan sebagainya
  6. pembiayaan perniagaan daripada bank

 

Cara Membuat Semakan CCRIS Secara Online Melalui eCCRIS

Berikut dikongsikan cara membuat semakan CCRIS secara online melalui eCCRIS. Sistem eCCRIS merupakan singkata kepada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat ( Central Credit Reference Information System ).

 

Login Masuk Ke Sistem eCCRIS

Berikut dibawah adalah langkah-langkah membuat semakan CCRIS selepas selesai mendaftar di BNMLINK Kuala Lumpur / Pejabat BNM / Cawangan AKPK.

Nota untuk yang mendaftar anda akan menerima nombor pin 6 angka di telefon yang didaftarkan.

 

1. Log Masuk

  • Log masuk ke alamat https://eccris.bnm.gov.my menggunakan internet Explorer 11 atau google chrome.
  • Klik “Log Masuk Kali Pertama”
  • Mulakan pendaftaran di eccris
  • Selesai mendaftar anda boleh membuat semakan CCRIS secara online sahaja.

2. Pada Halaman “Log Masuk Kali Pertama”

  • Sila isi maklumat yang diminta.
  • Masukkan nombor pin 6 angka yang dihantar melalui telefon anda untuk pengaktifan akaun eCCRIS.
  • Klik butang “Hantar”

3. Tetapkan ID Pengguna/Kata Laluan

4.Pada Skrin “Tetapan Keselamatan”

  • Pilih satu imej keselamatan dan masukkan fas keselamatan.
  • Berikan jawapan setiap soalan yang dipilih.

5. Mesej Pengesahan.

 

Maklumat Lanjut Semakan CCRIS Online

 

.Untuk maklumat lanjut dan lengkap boleh terus layari laman rasmi dibawah :

=>> https://eccris.bnm.gov.my

Waktu operasi 6.00 pagi – 12.00 tengah malam, isnin – jumaat ( kecuali cuti umum ).

  • Pusat hubungan : BNMTELELINK di  1-300-88-5465 atau 603-2714-1717 ( Luar Negara ).

 

Selamat membuat semakan CCRIS melalui online. Moga perkhidmatan CCRIS melalui online ini dapat memudakan dalam menguruskan berkaitan kewangan anda.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Permohonan Egtukar Guru Tahun 2018 Secara Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *