Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM 2018 - Thenewsia
Connect with us

GURU

Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM 2018

Published

on

KPM

Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM 2018. Berita baik kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan masih mendapat gaji penuh dalam tempoh pengajian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini telah membuka tawaran tersebut bagi sesi pengajian bagi tahun 2018

Kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat, anda bolehlah membuat permohonan Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh. Sila semak syarat-syarat kelayakan sebelum membuat permohonan.

Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan, anda amatlah digalakkan untuk memohon.

 

Tarikh Penting Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM

Kepada semua pemohon, sila semak tarikh penting sebelum membuat permohonan.

Tarikh Permohonan Dibuka9 Februari 2018
Tarikh Permohonan Ditutup28 Februari 20185.30 Petang

Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM 2018

Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat, anda boleh membuat permohonan melalui pautan di bawah. Namun begitu, sebelum anda membuat permohonan, sila buat pendaftaran terlebih dahulu. Pautan untuk pendaftaran akan disediakan di bawah.

Pendaftaran Cuti Belajar Bergaji Penuh: Sila Klik Sini Untuk Pendaftaran Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018

Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM: Sila Klik Sini Untuk Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM

Kepada pemohon yang masih berkhidmat di sekolah, sila kemaskini maklumat di https://eoperasi.moe.gov.my/ bagi memudahkan proses permoonan.

Bagi pemohon yang tidak bertugas disekolah-sekolah, anda boleh terus melayari pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ untuk membuat permohonan.

Syarat Umum Untuk Memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM

i) Pegawai hendaklah mempunyai iltizam, pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya, berpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan laluan kerjaya pada masa hadapan; dan

ii) Belum memulakan pengajian di mana-mana Universiti Awam di dalam atau luar negara.

Sila klik pautan ini untuk menyemak syarat-syarat khusus.

Semoga perkongsian Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM 2018 ini bermanfaat kepada anda.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *