Gambar Nikah Fattah Amin dan Fazura - Thenewsia
Connect with us

Hiburan

Gambar Nikah Fattah Amin dan Fazura

Published

on

Gambar Nikah Fattah Amin dan Fazura

Gambar Nikah Fattah Amin dan Fazura. Tahniah diucapkan kepada Fattah Amin, 27 tahun, dan Nur Fazura Shariffuddin, atau lebih dikenali sebagai Fazura, 34 tahun yang telah selamat melangsungkan majlis pernikahan mereka di sebuah hotel terletak di ibu negara pada jam 9.50 malam tadi.

Gambar Nikah Fattah Amin dan Fazura

Menurut sumber BH Online, Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah Amin dengan satu kali lafaz. Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan rapat kedua mempelai tersebut.

Kronologi Cinta Berputik Antara Fattah Amin dan Fazura

Siapa sangka pada mulanya berlakon bersama-sama dalam drama bersiri, akhirnya mereka mengikat tali perkahwinan?

Fazura dan Fattah Amin berlakon bersama-sama dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella. Melalui drama tersebut, maka tercetuslah trademark #Fattzura. Ketika penggambaran untuk drama tersebut dijalankan, kedua-dua watak utama tidak bertegur dan tidak rapat langsung.

Namun, Nik Zaris Uqasha Senrose atau lebih dikenali sebagai Uqasha Senrose, 24 tahun, telah berusaha bertungkus-lumus untuk menyatukan mereka berdua. Tidak disangka, usaha beliau tidak sia-sia apabila Fazura dan Fattah Amin nampak rapat dan mesra semasa set penggambaran tersebut.

“Ketika awal penggambaran drama itu, mereka agak ego. Jadi, saya cuba usik-usik mereka untuk mendapatkan keserasian. Alhamdulillah, sejak itu saya lihat mereka mula rapat dan menjadi lebih akrab ketika menjalani penggambaran di Pulau Perhentian, Terengganu.

“Ketika itu, saya dapat berasakan bibit cinta antara mereka sedang berputik. Saya sangat gembira kerana akhirnya saya berjaya merapatkan hubungan mereka,” kata Uqasha dalam sidang media.


Detik-Detik Sebelum Pernikahan

Sebelum berlepas ke Tanah Suci Mekah, mereka berdua telah pun mengikat tali pertunangan secara senyap pada 13 November yang lepas.

Setelah tiba di Malaysia pada 23 November, sebuah sidang media diadakan dan mereka menjawab hanya bertunang dan melangsungkan pertunangan tersebut secara senyap.

Pernikahan Fattah Amin dan Fazura

Akhirnya, pada 27 November 2017, mereka secara rasminya telah bernikah secara tertutup di Hotel Royal Chulan, dengan dihadiri oleh keluarga masing-masing dan rakan terdekat. Pada majlis tersebut, Fazura kelihatan anggun dengan mengenakan baju kurung moden pereka Rizman Ruzaini dan solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah pula segak dengan menggayakan baju Melayu.

Gambar Nikah Fattah Amin dan Fazura Gambar Nikah Fattah Amin dan Fazura Gambar Nikah Fattah Amin dan Fazura Gambar Nikah Fattah Amin dan Fazura

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *