Intipati Bajet 2018 Belanjawan Negara (LENGKAP) - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Intipati Bajet 2018 Belanjawan Negara (LENGKAP)

Published

on

INTIPATI BAJET 2018

Seperti yang kita ketahui, pada 27 Oktober 2017 , Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak membentangkan intipati bajet 2018 bagi belanjawan negara tahun 2018.  Intipati belanjawan negara 2018 ini dibentangkan pada 4 petang di dewan rakyat oleh Dato Seri Najib yang juga merangkap jawatan sebagai Menteri Kewangan Malaysia 2018. Semua orang tertunggu-tunggu apakah bajet 2018 kali ini akan memberi lebih manfaat kepada semua lapisan golongan masyarakat di Malaysia. Pada artikel ini, kami akan memberikan ringkasan penuh berkenaan belanjawan bajet 2018 yang diumumkan. Kami juga akan mengemaskini dari masa ke semasa.

Belanjawan 2018 kali ini dijangkakan akan menjaadi satu belanjawan yang lebih baik dan menyerluruh kelebihannya kepada semua lapisan msyarakat di Malaysia. Ini adalah inisiatif kerajaan untuk menjadi satu badan yang lebih sistematik.

Belanjawan kali ini juga dikatakn lebih menekankan kepada belanjawan yang dapat memberikan pertumbuhan kepada ekonomi sihat di Malaysia. Selain menjadi bajet yang dapat memberikan manfaat kepada seluruh golongan.

Intipati bajet 2018 Belanjawan Negara

Kami di Thenewsia membawakan kepada anda ringkasan intipati bajet yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib di dewan Undangan hari ini. Kami akan menyenaraikan secara ringkas dahulu, sebelum membahagikannya mengikut sektor seperti sektor pendidikan, sektor kesihatan, sektor ekonomi dan banyak lagi.

Bajet bagi belanjawan negara 2018 kali ini adalah sebanyak 280.25 Billion.

Dato Seri Najib juga mengatakan bahawa bajet kali ini merupakan bajet yang terbaik di dalam sejarah pembentangan bajet. Beliau mengibaratkan bajet kali ini sebagai “ibu segala bajet “.

Berikut adalah ringkasan intipati bajet 2018;

  • Pertambahan peruntukan diberikan pada tahun 2018 ini berbanding tahun 2017 iaitu, 280.25 bilion pada tahun 2018 berbanding 260.8 bilin pada tahun sebelumnya.
  • Pembahagian bajet secara kasar adalah seperti berikut; RM23425 bilion bagi belanajwan mengurus, RM46 bilion pula bagi pembangunan negara Malaysia, Ini tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak 2 Bilion.
  • RM6.5 bilion telah diumumkan belanjawan bagi sektor pertanian, perikanan yang memberikan manfaat kepada petani, penoreh, nelayan ,penternak.
  • RM2.3 Bilion pula bantuan diberikan kepada petani, nelayan , pekebun kecil yang memberikan insentif seperti baja dan input pengeluaran.
  • Amanah Ikhtiar Malaysia yang telah banyak membantu peniaga kecil juga diberikan bantuan. Bajet sebanyak RM200 juta diberikan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia. Di mana jika dijumlahkan keseluruhan bajet kepada Amanah Ikhtiar Malaysia, ianya telah mencecah sebanyak 2.7 bilion yang memberi manfaat kepada lebih 400,000 peminjam di seluruh negara.
  • Pulau Pangkor juga telah mula diisythiarkan sebagai pulau bebas cukai. Bagaimanpun ianya tidak termasuk cukai rokok, minuman keras (arak) dan juga kenderaan yang bermotor.
  • Setelah sekian lama, akhirnya kerajaan mengumumkan akan membina satu jambatan yang menghubungkan Sabah dan Wilayah persekutuan labuan. Kemungkinan jambatan ini dibina di mana ianya terhubung dari pekan menumbok, sabah ke pulau Labuan.
  • Bajet juga telah diberikan kepada anak-anak yang lahir pada tahun 2018 sehingga tahun 2022, di mana  tabungan permulaan sebanyak RM200 diberikan yang dinamakan sebagai Amanah Anak Malaysia 2050 (ADAM50).
  • Baucer buku masih lagi diteruskan kepada pelajar yang berada di tingkatan 6. Sebanyak RM250 baucer buku akan diberikan kepada golongan ini.
  • Diumumkan juga sebanyak 14 pusat sukan baru akan mula dibina di seluruh negara Belanjawan pada sukan adalah sebanyak RM1 Bilion.
  • Selain itu, bantuan sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah akan dieteruskan. Bantuan ini cuma diberikan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah RM3000.
  • Berita baik bagi peminjam PTPTN, di mana diskaun bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dilanjutkan lagi sehingga 2018. Ambil kesempatan ini bagi melunaskan hutang PTPTN.
  • Tahun 2018 akan menjadi tahun melawat Malaysia.
  • RM2 bilion diperuntukkan kepada tabung pelancongan PKS.

(masih dikemaskini)…

Berikut adalah infografik bantuan yang diberikan kepada rakyat.

intipati bajet 2018

Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Kami juga akan menyediakan pautan kepada teks penuh pembentangan bajet 2018. Semoga intipati bajet 2018 kali ini dapat memberikan manfaat kepada semua orang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *