Jadual SPM Ulangan SPMU 2018 Diadakan - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Jadual SPM Ulangan SPMU 2018 Diadakan

Published

on

Jadual SPM Ulangan SPMU 2018 Diadakan

Jadual SPM Ulangan SPMU 2018. Perhatian kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada tahun 2018. Artikel ini akan berkongsi mengenai jadual peperiksaan SPMU tahun 2018, merangkumi tarikh peperiksaan bagi ujian lisan dan ujian bertulis. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan Takwim Pentaksiran dan Peperiksaan Awam tahun 2018 beserta Takwim Peperiksaan Luar Negeri dan Profesional.

 

Jadual SPM Ulangan SPMU 2018

Untuk pengetahuan para calon yang akan menduduki SPMU pada tahun 2018, peperiksaan berkenaan akan diadakan sebanyak dua kali setahun, iaitu sesi pertama akan diadakan pada bulan Jun dan sesi kedua akan diadakan pada bulan November tahun yang sama.

Untuk kertas sesi pertama bulan Jun, terdapat tiga subjek yang terlibat dalam peperiksaan SPMU iaitu subjek Bahasa Melayu, Matematik, dan Sejarah. Manakala, bagi sesi kedua bulan November, calon peperiksaan SPMU akan menduduki kertas peperiksaan dan tarikh yang sama dengan calon yang akan menduduki peperiksaan SPM. Calon SPMU mempunyai pilihan untuk memilih antara semua subjek peperiksaan yang ditawarkan dalam peperiksaan berkenaan.

 

Tarikh Pendaftaran Peperiksaan SPMU Dibuka

Tarikh pendaftaran permohonan bagi peperiksaan SPMU sesi bulan Jun dan bulan November akan dibuka secara serentak bermula pada 1 Mac sehingga 31 Mac 2018 setiap tahun di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia.

 

Tarikh Peperiksaan SPMU Diadakan

Berikut merupakan perkongsian tarikh peperiksaan SPM Ulangan tahun 2018 akan diadakan:-

1. Sesi Pertama Jun 2018

  • Ujian Lisan: 4 hingga 30 Jun 2018
  • Ujian Bertulis: 25 hingga 27 Jun 2018

2. Sesi Kedua November 2018

  • Ujian Lisan: 4 hingga 30 Jun 2018
  • Ujian Bertulis: 13 November hingga 13 Disember 2018

 

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU

*Akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

 

Maklumat Penting Peperiksaan SPMU 2018

  1. Setiap calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan yang telah didaftar. Pelajar yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan dianggap tidak hadir bagi subjek tersebut.
  2. Calon yang tidak hadir semasa subjek tersebut diadakan hendaklah mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen tersebut hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPMU 2018.
  3. Calon dikehendaki untuk membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan seperti yang telah dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2018.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *