Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Bila Duit masuk akaun - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Bila Duit masuk akaun

Published

on

jumlah br1m 2018

Jika sebelum tahun-tahun ini pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia dinaikkan selepas setiap kali pembentangan Bajet. Selepas pembentangan bajet 2018 , Dato Seri telah membuat keputusan untuk meneruskan pemberian BR1M pada tahun 2018 ini. Antara perkara yang menjadi persoalan adalah berapa jumlah BR1M 2018.

Dato Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak telah memberikan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion untuk BR1M. Jumlah 6.8 bilion adalah sama seperti tahun-tahun lepas. Ini bermakna pemberian jumlah bayaran BR1M adalah sama seperti tahun lepas.

Kadar pemberian BR1M dikekalkan pada nilai maksimum RM1200.

Berikut adalah petikan ucapan Najib ketika pembentangan bajet 2018.

“Sejak BR1M diperkenalkan, terbukti rakyat teramai menerimanya dengan senang hati dan rasa syukur. Jelas sekali, BR1M merupakan suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya, terbukti keberkesanannya,” kata Najib.

 

Jumlah BR1M 2018 Pembayaran

Berikut adalah jumlah BR1M 2018. bayaran ini adalah mengikut kategori iaitu kategori

  1. Isi rumah pendapatan di bawah RM3000
  2. Isi rumah pendapatan RM3001 hingga RM4000
  3. Individu bujang pendapatan bawah RM200

 

 

GOLONGANJUMLAH BAYARAN
ISI RUMAH PENDAPATAN BAWAH RM3000RM1200
ISI RUMAH PENDAPATAN RM3001 HINGGA RM4000RM900
BUJANG PENDAPATAN BAWAH RM2000RM450

 

Tarikh Pemberian BR1M 2018

BR1M Bujang RM450 – Februari

Isi Rumah RM900 – Februari (RM300), Jun ( RM300) , Ogos (RM300)

Isi rumah RM1200 – Februari (RM400), Jun ( RM400) , Ogos (RM400)

Kemaskini BR1M 2018

Bilakah boleh mula mengemaskini permohonan BR1M? Seperti tahun-tahun lepas para pemohon perlu mengemaskini permohonan dahulu sebelum permohonan diterima untuk menerima BR1M 2018. Tarikh kemaskini permohonan walaubagaimanapun belum lagi dibuka. Kemaskini mengenai permohonan ini akan kami tulis di sini. pastikan anda kembali ke blog ini bagi membaca mengenai kemaskini BR1M 2018.

Perkara ini merupakan perkara yang patut dipuji kerana kerajaan masih lagi memberikan bantuan rakyat 1 Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Semoga dengan pemberian BR1M ini ianya dapat memnuhi dan meringankan beban rakyat Malaysia. Diharap juga agar rakyat Malaysia menggunakan BR1M dengan terancang dan pada tempat yang sepatutnya.

Kongsikan artikel mengenai jumlah BR1M 2018 ini kepada rakan anda yang lain.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *