Kadar Dividen ASB + Bonus 2018 (Pembayaran 2019)
Connect with us

Semasa

Kadar Dividen ASB 2018 Pembayaran 2019

Published

on

Kadar Dividen ASB 2017 Pembayaran 2018

Kadar Dividen ASB 2018 Pembayaran 2019. Seperti yang kita sedia maklum, buat para pelabur yang melabur di Amanah Saham Berhad (ASB), pasti anda semua tidak sabar untuk menikmati bonus dividen pada tahun 2018.

Kadar Dividen ASB 2018 Pembayaran 2019

Sedikit pengenalan mengenai ASB. Amanah Saham Berhad merupakan satu kaedah simpanan, dan pada waktu yang sama juga merupakan satu pelaburan yang sangat bagus terutamanya bagi tempoh jangka masa yang panjang. Hal ini disebabkan kadar dividen tahunan yang diperolehi sangat memuaskan berbanding institusi perbankan yang lain. Sebab itulah pelaburan ASB amat terkenal dan telah diamalkan oleh datuk nenek kita sejak dahulu kala.

Sehingga yang terkini, ASNB telah membuat tawaran 10 produk unit amanah iaitu ASB, ASB2, ASW 2020, ASM,  AS1M, ASD, ASN, ASN2, ASN3 dan ASG serta 2 instrumen perwarisan iaitu Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah.

Kadar Dividen Yang Diterima Setiap Tahun

Berdasarkan maklumat terkini dan terbaru yang diterima, kemungkinan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan membuat pengumuman mengenai dividen ASB dan bonus tahunan adalah pada minggu keempat Disember 2018.

Justeru, anda boleh menyemak berapa nilai yang anda terima dan masuk dalam buku simpanan pelaburan anda.

Seperti yang sebelum ini, kaedah pembayaran akan dilaksanakan melalui pengkreditan nilai dividen yang diterima ke dalam akaun anda yang mana anda boleh mula mebuat semakan dan semak kemaskini terkini buku pelaburan anda di mana-mana cawangan, pejabat pos berhampiran ataupun bank Maybank, CIMB, RHB di seluruh Malaysia bermula 4 Januari.

Berita terkini yang Berita Semasa terima untuk edisi tahun kewangan 2017, para pelabur terima kadar dividen ASB sebanyak (akan dikemaskinikan) seunit dan bonus sebanyak (akan dikemaskinikan) sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera untuk tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2017.

Berikut merupakan kadar dividen dan bonus yang diterima bermula tahun 2000 sehingga kini.

2018:

Dividen: 6.5
Bonus: 0.5

TahunKadar DividenBonusCatatan
Terkini Tahun 20177.000.25Bonus khas ulang tahunbagi baki pelaburan sehingga 10,000 unit
Tahun 20166.750.5
Tahun 20157.250.5
Tahun 20147.501.00
Tahun 20137.701.00Tahun Pilihanraya (Dividen Turun)
Tahun 20127.751.15Menjelang PILIHANRAYA (Dividen naik)
Tahun 20117.651.15
Tahun 20107.501.25
Tahun 20097.301.25Selepas Pilihanraya (Dividen Naik)
Tahun 20087.001.75Tahun Pilihanraya (Dividen Turun)
Tahun 20078.001.00
Tahun 20067.301.25
Tahun 20057.251.75Selepas Pilihanraya (Dividen Kekal)
Tahun 20047.252.00Tahun Pilihan raya (Dividen Kekal)
Tahun 20037.252.00
Tahun 20027.002.00
Tahun 20017.003.00
Tahun 20009.752.00Selepas Pilihanraya ( Naik)
2 Comments

2 Comments

  1. Penunggu ASB

    December 22, 2017 at 3:34 pm

    Kite tunggu!

  2. Salina manis

    December 22, 2017 at 3:36 pm

    Harapan tahun ni semoga tinggi dividen dan bonus atas 8% akan mengembalikan semangat dan rangsangan serta akan memastikan pelabur baru memilih asb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *