Kadar Dividen KWSP 2017-2018 EPF - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Kadar Dividen KWSP 2017-2018 EPF

Published

on

Kadar Dividen KWSP 2017-2018 EPF

Kadar Dividen KWSP 2017-2018 EPF. Perhatian kepada mana-mana individu yang telah membuat caruman melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda akan menikmati bayaran dividen melalui bayaran caruman tersebut mengikut kadar yang telah ditetapkan setiap tahun.

 

Kadar Dividen KWSP 2017-2018 EPF

Sedikit pengenalan mengenai institusi KWSP. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang telah ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452), Undang-Undang Malaysia, yang menyediakan faedah waktu persaraan kepada ahli-ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.

Selain itu, KWSP juga menyediakan sistem yang  senang dan efisien bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta tanggungjawab untuk mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja dalam syarikat mereka.

KWSP bertanggungjawab memastikan simpanan anda selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman anda melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum.

Dividen dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan.

Dividen Tahunan dikira berdasarkan baki pembukaan simpanan anda setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen Bulanan pula dikreditkan ke akaun anda berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima.

Tarikh Kadar Dividen KWSP 2017-2018 EPF Diumumkan

Kebiasaannya, kadar dividen bagi caruman KWSP bagi tahun 2017 akan diumumkan pada bulan Februari tahun 2018. Berikut merupakan tarikh yang diumumkan:-

 

Tarikh Kadar Dividen KWSP Tahun 2017-2018 EPF Akan Diumumkan:10 februari

Dividen: 6.90 (konvensional), 6.4 (Shariah)

Cara Pembayaran Kadar Dividen KWSP Tahun 2017-2018 EPF

Setelah kadar dividen telah diumumkan mengikut jumlah yang telah dicarum, jumlah dividen tersebut akan dikreditkan terus ke akaun KWSP ahli masing-masing. Jumlah dan dividen boleh disemak melalui penyata akaun KWSP (melalui pejabat yang terdekat atau secara online).

Berikut merupakan sejarah pembayaran kadar dividen yang telah diumumkan setiap tahun (tahun 2000 sehingga tahun 2016). Untuk tahun 2017, kadar dividen akan dumumkan setelah mendapat maklumat rasmi.

TahunKadar dividen
20176.90 (konvensional), 6.4 (Shariah)
20165.70
20156.40
20146.75
20136.35
20126.15
20116.00
20105.80
20095.65
20084.50
20075.80
20065.15
20055.00
20044.75
20034.50
20024.25
20015.00
20006.00
1 Comment

1 Comment

  1. Juni

    January 22, 2018 at 3:37 pm

    nice info.. sulit buat saya memahami.. but coba saya baca dulu sampai akhir..^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *