Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2018/2019 - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2018/2019

Published

on

Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2018/2019

Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2018/2019. Perhatian kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017. Anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya? Memilih untuk memasuki Matrikulasi sebagai persediaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda? Maka dengan itu, anda haruslah membuat permohonan atau kemaskini maklumat permohonan ke Matrikulasi untuk sesi 2018/2019. Jangan lepaskan peluang ini.

 

Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2018/2019

Menurut kenyataan akhbar daripada portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) telah membuka semula permohonan Program Matrikulasi KPM bermula dari 19 Februari 2018 sehingga 18 Mac 2018. Permohonan ini dibuka khusus untuk pelajar lepasan SPM tahun 2017 sahaja.

Bagi para pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi sebelum tarikh akhir 24 Disember 2017 yang lepas, anda diminta untuk membuat kemaskini maklumat yang telah didaftarkan. Tarikh akhir kemaskini maklumat juga sama seperti permohonan baru, iaitu pada 18 Mac 2018.

Pendaftaran dan Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2018/2019

Bagi pemohon baru, anda boleh membeli No. Pengenalan Individu (NPI) lima (5) digit di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan anda. Bayaran sebanyak RM10.06 (Ringgit Malaysia Sepuluh dan sen enam Sahaja) termasuk GST dikenakan untuk membeli NPI. Sila pamerkan Kad Pengenalan anda atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017 dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di kaunter BSN.

Untuk membuat permohonan baru, sila klik Aplikasi Permohonan Program Matrikulasi.

Bagi mana-mana pelajar yang telah membuat permohonan sebelum 24 Disember 2017 yang lepas, anda dikehendaki untuk membuat kemaskini maklumat peribadi terkini. Untuk membuat kemaskini maklumat, sila klik Aplikasi Kemaskini Permohonan Program Matrikulasi.

Berikut merupakan tarikh permohonan/ kemaskini dibuka dan tarikh permohonan/ kemaskini ditutup:

Tarikh Permohonan/ Kemaskini Dibuka19 Februari 2018
Tarikh Permohonan/ Kemaskini Ditutup18 Mac 2018

Untuk panduan dan manual permohonan, sila klik Panduan Mengisi Borang Permohonan Matrikulasi.

Info dan Maklumat Mengenai Program Matrikulasi

1. Program yang ditawarkan:

  • Program Satu Tahun (PST) – Tempoh pengajian dalam setahun
  • Program Dua Tahun (PDT) – Tempoh pengajian dalam dua tahun

2. Bidang yang ditawarkan:

  • Jurusan Sains
  • Jurusan Teknikal
  • Jurusan Perakaunan

3. Kelebihan:

  • Para pelajar akan didedahkan dengan sistem pemarkahan sama seperti IPTA/ IPTS, iaitu sistem meritokrasi. Pengiraan merit akademik iaitu 90% dan 10% kokurikulum
  • Elaun dan asrama disediakan kepada pelajar
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *