Niat Dan Cara Ganti Puasa Ramadhan
Connect with us

agama

Niat Dan Cara Ganti Puasa Ramadhan

Published

on

Cara Dan Niat Ganti Puasa Ramadhan
Cara Dan Niat Ganti Puasa Ramadhan

Kepada mereka yang masih belum tahu mengenai Niat Dan Cara Ganti Puasa Ramadhan dengan betul, boleh baca artikel ini bagi memudahkan puasa ganti dilakukan.

Bagi mereka yang ada tertinggal puasa disebabkan keuzuran atau masalah-masalah yang boleh mengakibatkan puasa terbatal, tentu ramai yang teringat ‘hutang’ puasa atau bayar Fidyah yang belum ditunaikan.

Untuk pegetahuan, Waktu Qada’ (ganti) Puasa Ramadhan adalah pada bila-bila masa selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.

Antara Puasa Boleh Terbatal

  1. Makan dan minum dengan sengaja / sepanjang hari
  2. Muntah dengan sengaja
  3. Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
  4. Keluar darah haid & nipas
  5. Gila
  6. Pitam atau mabuk sepanjang hari
  7. Murtad

Niat Dan Cara Ganti Puasa Ramadhan

Cara ganti puasa Ramadhan adalah sama dengan puasa Ramadhan, kecuali pada lafaz niatnya yang berbeza. Berikut disertakan cara lafaz niat puasa ganti Ramadhan dalam rumi untuk panduan bersama.

Lafaz niat ganti puasa adalah seperti berikut :

cara dan niat ganti puasa

Hukum Ganti Puasa Ramadhan

Hukum mengantikan puasa Ramadhan adalah wajib. Tidak kiralah bagi yang membatalkan puasanya sama ada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran.

Hukum ganti puasa juga telah dinyatakan dalam Al-Quran dalam ( Surah Al-Baqarah Ayat 184 )

Ganti Puasa Yang Sudah Tertinggal Lama

Puasa yang telah lama ditnggalkan contohnya apabila seseorang yang telah meninggalkan puasa di zaman muda remaja.

Sekiranya kita tidak bersempatan untuk mengganti puasa sehingga datang Ramadhan seterusnya, maka kita diwajibkan membayar Fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras dan diberikan kepada fakir miskin.

Puasa yang telah ditinggalkan adalah wajib untuk diganti, dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari puasa ganti.

Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.

Tunaikan Hutang Terlebih Dahulu

Puasa adalah suatu ibadah yang utama, iaitu termasuk dalam Rukun Islam Ketiga.

Harus kita ingat bahawa mengganti puasa adalah sangat penting. Sehinggakan sesetengah ulama’ yang berpendapat ianya lebih utama berbanding puasa Sunat Syawal yang sering disebut ganjarannya.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin menunaikan puasa ganti. Semoga semuanya berjalan dengan lanjar dan semoga setiap amalan yang kita lakukan diterima di sisi Allah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *