Panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018
Connect with us

Semasa

Panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018

Published

on

Panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018

Panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018. Kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) 2018 yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual diwajibkan untuk melaksanakan kerja kursus ini. Untuk makluman, calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan julai 2018.

 

Panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018

 

Kajian Rekaan Seni Visual ( Kertas 3 – 2611/3 ) ( Februari 2018 – Julai 2018 ). Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis dengan tangan atau juga boleh menggunakan cetakan komputer. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, yang dihasilkan oleh calon sendiri dan tidak meniru daripada mana-mana sumber.

 

Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018

  1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan yang akan diberikan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.
  2. Calon dikehendaki untuk melaksanakan satu tugasan sahaja daripada sembilan tugasan yang telah diberikan.
  3. Calon juga dikehendaki untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan memenuhi semua aspek yang telah ditetatapkan.

 

Arahan Kepada Calon SPM 2018

  1.  Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Bagi calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir.
  2.  Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga Julai 2018.
  3.  Dokumentasi dan catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.
  4.  Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan oleh calon sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.
  5.  Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kuran 28 cm x 38 cm.
  6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang perlaksanaa tugasan terebut.
  7.  Calon hendaklah mendapatkan pengesahan dari guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
  8.  Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kreteria penskoran untuk mendapatkan gred cemerlang dan baik.
  9.  Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.
  10.  Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
  11.  Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
  12.  Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.
  13.  Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan apek dan kriteria.
  14.  Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

Untuk keterangan lanjut sila layari Potral Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia atau klik Template Pendidikan Seni visual Kertas 3 2018 .

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *