Panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018 - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018

Published

on

Panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018

Panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018. Perhatian kepada mana-mana calon yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) untuk Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018, akan terdapat kerja kursus yang anda perlu laksanakan sebagai syarat berwajib penentuan gred anda untuk matapelajaran tersebut dalam slip keputusan SPM.

 

Panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018

Bagi mana-mana calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2018, sila Klik Jadual SPM Ulangan SPMU 2018.

Untuk makluman semua calon yang mengambil subjek Pendidikan Seni Visual, akan terdapat kerja kursus, iaitu Kajian Rekaan Seni Visual yang perlu disiapkan. Mana-mana pelajar yang tidak menyiapkan tugasan tersebut dianggap tidak hadir bagi subjek tersebut.

Tempoh diberi untuk menyiapkan kerja kursus tersebut adalah bermula Februari sehingga Julai 2018.

 

Makluman dan Panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018

Berikut merupakan arahan dan panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018:-

  1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
  2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2018.
  3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.
  4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.
  5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.
  6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
  7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
  8. Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.
  9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.
  10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
  11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
  12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.
  13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
  14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

 

Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Klik Template Pendidikan Seni Visual Kertas 3 2018.

1 Comment

1 Comment

  1. beritamalaysia

    February 21, 2018 at 4:51 pm

    Terimah kasih panduan. Kalau ada tips buat kerja lagi bagus..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *