Pendaftaran Tahun 1 2019-2020 Online - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Pendaftaran Tahun 1 2019-2020 Online

Published

on

Pendaftaran Tahun 1 2019-2020 Online

Pendaftaran Tahun 1 2019-2020 Online. Perhatian kepada para ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak masing-masing ke Sekolah Rendah Kerajaan. Sebagai ibu bapa/ penjaga, tahukah anda akan cara-cara untuk mendaftarkan anak-anak anda ke Sekolah Rendah Kerajaan Tahun 1? Kini anda tidak perlu risau lagi. Untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2012 dan 2013, pendaftaran pelajar Tahun 1 ambilan tahun 2019/ 2020 kini boleh dilakukan secara online bermula bulan Mac 2018.

 

Pendaftaran Tahun 1 2019-2020 Online

Untuk pengetahuan ibu bapa semua, permohonan kemasukan Murid Tahun 1 ambilan 2019/ 2020 boleh dibuat secara online bagi permohonan sekolah di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala, untuk negeri Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan, pemohon boleh datang ke sekolah yang berkenaan (walk-in) untuk membuat pendaftaran pelajar Tahun 1.

Borang permohonan Pendaftaran Tahun 1 2019-2020 Online akan dibuka secara online (terhad kepada Semenanjung Malaysia sahaja) bermula dari tarikh 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018. Untuk Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan hendaklah dilakukan secara manual, di sekolah yang berkenaan.

Syarat Kelayakan Permohonan Pendaftaran Tahun 1 2019-2020

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk memasuki Tahun 1 sesi 2019-2020:

  • Berwarganegara Malaysia
  • Untuk kemasukan Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2019, anak-anak lahir pada 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013
  • Untuk kemasukan Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2020, anak-anak lahir pada 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014

 

Cara Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019-2020

Untuk cara pendaftaran kemasukan Murid Tahun 1 Sesi 2019/ 2020, terdapat dua kaedah yang boleh dilakukan, iaitu secara online (Semenanjung Malaysia sahaja) dan secara manual di sekolah masing-masing (untuk Sabah, Sarawak, dan W.P Labuan):-

1. Pendaftaran Secara Online

  • Layari laman web Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) di pautan¬†https://public.moe.gov.my/.
  • Untuk pengguna yang mempunyai akaun sebelumnya, boleh gunakan akaun tersebut untuk login
  • Sekiranya anda pengguna pertama, sila mendaftar terlebih dahulu
  • Setelah itu, sila isi borang permohonan pendaftaran seperti yang telah disediakan. Antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti maklumat prasekolah/ tadika sebelumnya, profil kesihatan, dan rekod kesihatan imunisasi kanak-kanak
  • Permohonan yang telah diisi dengan lengkap secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah yang dipohon. Ibu bapa hendaklah membawa borang permohonan yang telah dicetak dan dihantar ke sekolah yang telah dipohon bersama dokumen-dokumen sokongan. Tempoh adalah selama 14 hari SAHAJA selepas proses permohonan secara online berjaya
  • Antara dokumen yang diperlukan adalah:

– Sijil lahir kanak-kanak (sijil asal beserta 1 salinan)
– Kad pengenalan ibu bapa/ penjaga (kad asal beserta 1 salinan)
– Surat nikah/ surat cerai (surat asal beserta 1 salinan)
– Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu (pengesahan tempat tinggal)
– Sampul surat bersaiz standard dan setem
– Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (sekiranya berkenaan)
– Borang persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi


2. Pendaftaran Secara Manual

Bagi pendaftaran secara manual, ibu bapa/ penjaga hendaklah hadir ke sekolah yang dipohon dan mengemukakan permohonan beserta dokumen yang berkaitan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *