Permohonan Anggota RELA Secara Online - Thenewsia
Connect with us

Umum

Permohonan Anggota RELA Secara Online

Published

on

Permohonan Anggota RELA Secara Online

Permohonan Anggota RELA Secara Online. Perhatian kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi anggota sukarelawan (RELA). Tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan untuk menyertai RELA? Kini anda tidak perlu risau lagi. Permohonan kemasukan anggota RELA kini boleh dibuat secara online melalui portal MyRELA.

 

Permohonan Anggota RELA Secara Online

Sebuah sistem pengurusan maklumat secara online, iaitu MyRELA telah diperkenalkan untuk memudahkan mana-mana individu yang berminat untuk menyertai dan menjadi anggota RELA. Selain itu, semakan status permohonan RELA juga boleh disemak secara online melalui portal yang sama.

Kaedah Permohonan Anggota RELA Secara Online MyRELA

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftarkan diri sebagai anggota RELA secara online:-

  1. Sila layari portal rasmi Sistem Pengurusan Maklumat RELA di http://myrela.moha.gov.my/myrela/index.php/online/permohonan_online . Untuk paparan yang lebih baik, anda disarankan untuk menggunakan Mozilla Firefox.
  2. Sistem Pengurusan Maklumat RELA akan terpapar. Anda dikehendaki untuk mengisi kesemua maklumat peribadi yang diperlukan.
  3. Setelah kesemua maklumat telah siap diisi, sila klik butang Hantar untuk mendaftarkan maklumat anda melalui online.
  4. Mesej Maklumat Anda Berjaya Dihantar akan dipaparkan. Dengan itu disahkan bahawa permohonan anda telah berjaya dihantar ke dalam sistem MyRELA.
  5. Sekiranya terpapar mesej Permohonan Anda Tidak Berjaya Dihantar, terdapat beberapa maklumat anda yang tidak diisi secara lengkap atau terdapat ralat semasa membuat permohonan.

Semakan Status Permohonan Anggota RELA Secara Online

Sekiranya terdapat makluman mengenai kemasukan sesi pada bila-bila masa, anda boleh ikuti langkah ini untuk mengetahui status permohonan anda:-

  1. Sila layari portal Semak Permohonan Online di http://myrela.moha.gov.my/myrela/index.php/online/semak_permohonan_online.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik Semak.
  3. Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada berjaya atau tidak.
  4. Untuk mencetak maklumat atau status permohonan anda, sila klik pada pautan CETAK.

Syarat Permohonan Anggota RELA

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. Mestilah sihat tubuh badan dan sedia berkhidmat dengan semangat kesukarelaan yang tulen.

 

Faedah Menyertai Anggota RELA

  1. Pakaian seragam operasi secara percuma.
  2. Peluang mengikuti kursus dan latihan secara percuma dengan dibayar elaun dan disediakan tempat penginapan dan makanan secara percuma.
  3. Meningkatkan peluang kerjaya dengan lain-lain agensi dan syarikat keselamatan.

 

Fungsi dan Tugas RELA

  1. Kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
  2. Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat.
  3. Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *