Permohonan Biasiswa MyBrainSC KPT 2018 Online - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Permohonan Biasiswa MyBrainSC KPT 2018 Online

Published

on

Permohonan Biasiswa MyBrainSC KPT 2018 Online

Permohonan Biasiswa MyBrainSC KPT 2018 Online. Perhatian kepada semua individu yang sedang atau akan melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, dan Kedoktoran. Masih mencari tajaan untuk pembiayaan pengajian anda? Permohonan pembiayaan skim Biasiswa MyBrainSC Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tahun 2018 kini telah dibuka secara online.

 

Permohonan Biasiswa MyBrainSC KPT 2018 Online

Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang/akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Universiti Awam (UA).

Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan melahirkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan seterusnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Tarikh Permohonan Biasiswa MyBrainSC KPT 2018 Online

Tarikh Permohonan Dibuka2 Mac 2018
Tarikh Permohonan Ditutup31 Mac 2018
Portal Rasmi Permohonan Onlinehttps://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/login.php

 

Syarat Permohonan Biasiswa MyBrainSC KPT 2018 Online

a. Syarat-syarat umum:

  • Warganegara Malaysia.
  • Tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan biasiswa ini
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam/swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini.

b. Syarat-syarat khusus:

  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon.
  • Mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama.
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara penyelidikan penuh akan diberi keutamaan.
  • Calon sedang mengikuti pengajian Ph.D atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti melalui portal permohonan.
  • Umur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh memohon.
  • Mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.65 ke atas atau Kelas Pertama.
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa.
  • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau di universiti-universiti yang disenaraikan melalui portal permohonan.
  • Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1800/2400 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam IB dan 4A dalam A Level.
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di semua IPT.
  • Pelajar belum lagi menerima menerima sebarang biasiswa/tajaan/ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

Sekiranya ingin mengetahui lebih mengenai biasiswa MyBrainSC KPT 2018, sila layari https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/ untuk info yang lebih lanjut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *