Permohonan Biasiswa Shell 2018 Online - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Permohonan Biasiswa Shell 2018 Online

Published

on

Permohonan Biasiswa Shell 2018 Online. Perhatian kepada para pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda atau pun sedang belajar dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda. Berita baik kepada anda, bahawa permohonan tajaan pembiayaan pembelajaran Biasiswa Shell untuk tahun 2018 telah pun dibuka secara online.

 

Permohonan Biasiswa Shell 2018 Online

Sebagai makluman buat para pelajar semua, anda dipelawa untuk mengemukakan permohonan tajaan pembiayaan pembelajaran Biasiswa Shell tahun 2018 peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi yang berkelayakan.

Tajaan biasiswa tersebut hanya terhad kepada mereka yang bakal melanjutkan pengajian atau sedang belajar dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda. Permohonan ini akan dibuka bermula 25 Februari 2018 sehingga tarikh tutup pada 25 Mac 2018.

 

Tarikh Permohonan Biasiswa Shell 2018 Online

Berikut merupakan perkongsian mengenai tarikh permohonan Biasiswa Shell 2018 secara online dibuka, tarikh tutup permohonan, dan portal rasmi yang perlu dilawat untuk membuat permohonan tersebut:-

Tarikh Permohonan Dibuka25 Februari 2018
Tarikh Permohonan Ditutup25 Mac 2018
Portal Rasmi Permohonan OnlineBiasiswa SHELL Peringkat Ijazah Sarjana Muda 2018

 

Bidang Pengajian Yang Termasuk Dalam Tawaran Penajaan Pembiayaan Biasiswa Shell

1. Kejuruteraan:

  • Mekanikal
  • Sivil
  • Kimia
  • Petroleum
  • Elektrik dan Elektronik

2. Sains:

  • Geologi
  • Geosains
  • Geomatik
  • Geofizik

3. Bidang Komersil:

  • Sumber Manusia
  • Perniagaan dan Pengurusan Perakaunan
  • Kejuruteraan Perniagaan
  • ArkitekMaths
  • Sains dan Teknologi

 

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Shell 2018 Online

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk mengemukakan permohonan tajaan pembiayaan Biasiswa Shell sesi akademik tahun 2018-2019:-

1. Calon hendaklah mempunyai kemahiran kepimpinan yang kuat dan penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti masyarakat dan kelab, sukan, dan yang berkaitan.
2. Tiada penaja atau biasiswa / pinjaman lain semasa permohonan dikemukakan.
3. Pencapaian akademik yang layak dipohon adalah Minimum 8As (A/ A +) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU Gred peringkat O cemerlang di IGCSE (A * / A).
4. Sebelum membuat permohonan, pastikan anda layak bekerja di negara di mana program biasiswa ditawarkan.
5. Tidak melebihi 18 tahun pada tarikh pendaftaran.

Nota : Permohonan yang berjaya akan dihantar ke Kolej Tuanku Jaafar untuk mengikuti Program A-Level * tertakluk kepada terma & syarat tambahan.

 

Semoga perkongsian tersebut dapat memudahkan anda untuk memohon tajaan pembiayaan pelajaran Biasiswa Shell tahun 2018.

1 Comment

1 Comment

  1. Mek ila

    March 1, 2018 at 9:57 pm

    Terbaik Shell, bantu lebih ramai pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *