Permohonan Biasiswa Yang Di-pertuan Agong 2018
Connect with us

Pendidikan

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2018

Published

on

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2018

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2018. Untuk makluman, tawaran biasiswa yang Di-Pertuan Agong sesi pengajian tahun 2018 / 2019 kini buka untuk membuat permohonan. Semua Warganegara Malaysia adalah layak untuk memohon Biasiswa  tersebut di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam dan luar negara.

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong ini adalah untuk mengiktiraf kebolehan seseorang pelajar. Kelebihan biasiswa ini juga adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

Bilangan biasiswa yang disediakan juga adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) untuk peringkat Sarjana dan enam (6) biasiswa untuk peringkat kedoktoran (Ph.D) setiap tahun.

 

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan-Agong 2018

 

Seperti yang sedia maklumam, permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong ini adalah layak bagi semua warganegara Malaysia untuk memohon Biasiswa tersebut di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam dan luar negara. Penerima Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong  yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan kerajaan.

Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian yang telah ditetapkan, kadar ganti rugi akan dikenakan seperti yang berkuat kuasa pada masa sekarang.

 

Syarat Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong

Permohon-permohon hendaklah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti yang berikut :

Syarat-syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun

syarat-syarat Khusus

  • Mempunyai keputusan akedemik yang cemerlang
  • Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja yang kreatif dan inovatif.
  • Calon yang mahir dalam lebih satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan.
  • Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara penuh masa dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam
  • Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Kaedah Permohonan

  • Syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari potral rasmi http://esilav2.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan.
  • Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (online) melalui potral rasmi : klik disini ===> http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 5 Februari 2018.
  • Tarikh tutup permohonan dalam talian (online) Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Sesi pengajian 2018/2019 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 2 mac 2018 melalui serahan tangan atau serahan pos.

Serahan pos ke :

Jabatan Perkhidmatan Awam,

Bahagian Pembangunan Modal Insan,

Aras 3, Block C2, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62510 PUTRAJAYA,

(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

 

Pegawai yang boleh dihubungi

  1. En. Mohd Kamarul bin Othman ( 03-88853053)
  2. En. Muhamma Rohaizad bin Razali ( 03-88853569 )

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu kepada pemohon yang ingin membuat permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Panduan Kerja Kursus Pendidikan Seni Visual SPM 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *