Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2018 - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2018

Published

on

Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2018. Perhatian kepada semua para pelajar yang berkeinginan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master) atau Kedoktoran (PhD). Anda sedang mencari pembiayaan untuk menanggung kos pembelajaran ke peringkat seterusnya? Kini anda tidak perlu risau lagi. Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2018 kini telah pun dibuka bagi yang berkelayakan.

 

Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2018

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tawaran Biasiswa Yang Dipertuan Agong (BYDPA) 2018 berkenaan terdiri daripada enam di peringkat Sarjana dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam serta enam di peringkat Kedoktoran di dalam dan juga di luar negara. Biasiswa tersebut hanya terhad kepada 12 slot sahaja.

 

Tarikh Penting Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong 2018

Tarikh buka permohonan5 Februari 2018 (jam 5 petang)
Tarikh tutup permohonan2 Mac 2018
Aplikasi permohonan secara onlineePermohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong

 

Syarat-Syarat Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong

Berikut merupakan syarat-syarat dan kriteria yang perlu diikuti bagi melayakkan anda untuk memohon biasiswa tersebut:-

1. Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti

1. Syarat Khusus

  • Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang, iaitu memperoleh CGPA 3.75 atau keputusan kelas pertama atau yang setaraf dengannya
  • Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif
  • Calon yang mempunyai kemahiran dalam menguasai lebih dari satu bahasa antarabangsa
  • Telah mendapat tempat atau tawaran pengajian secara SEPENUH MASA dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran B1 atau universiti terkemuka dunia, atau mana-mana universiti berprestij tinggi lain yang telah dipersetujui oleh JPA seperti di Lampiran B2
  • Senarai kursus di bawah bidang Sains dan Teknologi adalah seperti di Lampiran B3
  • Manakala bagi pengajian peringkat Sarjana, permohonan adalah untuk mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis

Untuk merujuk bahagian lampiran dan senarai universiti yang telah ditetapkan untuk tajaan biasiswa, sila klik Garis Panduan Permohonan BYDPA

Untuk panduan permohonan, sila klik Panduan Permohonan BYDPA

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *