Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2018 Online
Connect with us

Pendidikan

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2018

Published

on

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) merupakan biasiswa yang dikhaskan kepada anak-anak bumiputera Sabah yang menaljutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dalam diploma mahupun ijazah. Setiap tahun permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dibuka. Sehingga kini kerajaan Sabah masih lagi komited menyediakan kemudahan biasiswa ini kepada anak-anak Sabah yang berkelayakan. Inisiatif ini patut dipuji kerana biasiswa dapat membantu pelajar dalam meringankan beban dari segi kewangan.

Dan perlu diingat juga, Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ini bukan sahaja untuk rakyat Sabah, bahkan untuk rakyat Wilayah Persekutuan Labuan. Sama ada salah seorang ibu atau bapa warga Sabah dan Wilayah Persekutan Labuan juga boleh memohon biasiswa ini.

Setiap tahun permohonan ini dibuka pada sekitar bulan April. Maka, anda perlulah peka untuk mengetahui tarikh permohonan ini bagi mengelakkan anda terlepas dari membuat permohonan.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah BKNS 2018

Berikut adalah butir mengenai permohonan ini:

JENIS PERMOHONAN:PERMOHONAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH 2018
TARIKH PERMOHONAN DIBUKA: APRIL 2018
TARIKH PERMOHONAN DITUTUP:AKAN DIKEMASKINI
LINK PERMOHONAN:MOHON SINI

 

Prosedur permohonan BKNS 2018 adalah seperti berikut:

  1. Masuk ke laman web BKNS.
  2. Daftar akaun baru dengan memasukkan semua butir-butir yang diperlukan.
  3. Selepas mendaftar akaun baru, anda bolehlah login dengan butiran tadi.
  4. Isi semua maklumat yang diminta seperti maklumat diri, akademik dan kokurikulum.
  5. Selepas mengisi borang, anda cuma perlu menunggu sahaja keputusan diumumkan,

Terlupa Kata Laluan BKNS

Jika anda terlupa kata laluan, anda usah risau. Ikut langkah di bawah ini untuk mendapatkan kembali passowrd anda:

  1. Masuk ke SINI
  2. Anda akan dibawa ke paparan ini;lupa kata laluan bkns
  3. Masukkan email yang anda pernah daftar sebelum ini.
  4. Kemudian semak email untuk langkah seterusnya.

Syarat Kelayakan Permohonan BKNS

Kelayakan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Tidak berumur lebih 20 tahun bagi pemohon diploma.
  2. Tidak melebihi had umur 25 tahun bagi mereka yang belajar di peringkat Ijazah.

Berikut adalah syarat kelayakan akademik yang dipecahkan mengikut jenis permohonan bagi diploma dan ijazah.

Kelayakan Pelajar Diploma

  1. Lulu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan paling kurang 7A.
  2. 7A tersebut perlulah termasuk Bahasa Melayu dan juga subjek yang berkaitan dengan kursus yang sedang diambil.
  3. Bahasa Inggeris perlulah mendapat kepujian.

Kelayakan Pelajar Ijazah

Bagi pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah pula, mereka perlulah memenuhi kelayakan berikut:

  1. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf dengan CGPA minimum 3.3. atau;
  2. Sijil Tinggi Agama dengan sekurang-kurangnya Jayyid.atau;
  3. Diploma dengan CGPA 3.5.
  4. Matrikulasi dengan kelulusan paling kurang CGPA 3.5. atau;
  5. Foundation/asasi dengan CGPA 3.5.

Bagi kursus perubatan, farmasi dan pergigian pula, anda haruslah;

  1. Mendapat CGPA 3.5 semasa di Matrikulasi/Foundation/Asasi/diploma.
  2. Ianya cuma sah untuk pengajian di dalam negara sahaja.

Senarai Kursus yang ditawarkan BKNS

Berikut pula adalah senarai kursus yang layak memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2018.

kursusBKNS

Bagaimanapun, jika kursus yang anda sedang ambil tidak tersenarai di atas ini, anda boleh sahaja cuba membuat permohonan. Ini kerana berkemungkinan permohonan anda akan diterima jika anda menepati kelayakan yang diperlukan.

Semakan Keputusan BKNS 2018

kami akan mengemaskini mengenai semakan keputusan BKNS di sini. Anda boleh ‘bookmark’ page ini untuk memudahkan anda kembali.

 

Kami ucapkan selamat maju jaya kepada anda. Semoga permohonan anda untuk mendapatkan biasiswa kerajaan Negeri Sabah tercapai. Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan lain yang berminat di dalam membuat permohonan ini.

 

3 Comments

3 Comments

  1. SITI AIMANIESSA BINTI RODDIN

    December 26, 2017 at 3:46 pm

    PERMOHONAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH BKNS 2018

  2. Lairen Tumbil

    January 14, 2018 at 11:33 pm

    Memerlukan borang permohonan biasiswa..

  3. Pingback: Semakan Permohonan Keputusan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *