Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM 2018 - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM 2018

Published

on

Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM 2018

Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM 2018. Perhatian kepada para kakitangan awam khususnya para pendidik. Anda berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi? Bimbang tidak mendapat gaji yang penuh semasa dalam tempoh melanjutkan pelajaran? Kini anda tidak perlu risau lagi. Permohonan cuti belajar bergaji penuh oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tahun 2018 kini dibuka.

 

Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menawarkan peluang kepada para Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi membantu mana-mana individu yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya di samping memperoleh gaji yang penuh sepanjang tempoh pengajian. Tawaran tersebut adalah terbuka untuk sesi pengajian tahun 2018.

 

Tarikh Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM 2018

Tarikh buka permohonan9 Februari 2018 (jam 5.30 petang)
Tarikh tutup permohonan28 Februari 2018
Aplikasi kemaskini maklumat secara onlineSistem e-Operasi

Setelah selesai kemaskini maklumat di Sistem e-Operasi, sila klik Tawaran Hadiah Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP DB//HLPS/CBBP TB)-2018 untuk membuat permohonan. Sila isi maklumat anda mengikut butir yang telah disediakan

 

Peringatan dan Makluman Mengenai Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Perhatian kepada bakal pemohon yang ingin membuat permohonan untuk cuti belajar dengan bergaji penuh. Anda diingatkan agar membuat kemaskini maklumat masing-masing dalam sistem e-Operasi sebelum membuat sebarang permohonan untuk penajaan Tahun 2018 supaya segala data dan maklumat yang dipaparkan adalah tepat serta lengkap. Hanya satu permohonan sahaja pada satu masa.

Berikut merupakan garis panduan dan makluman penting yang anda perlu patuhi serta kelayakan untuk melakukan permohonan tersebut:-

  1. Sila kemaskini maklumat di dalam sistem e-Operasi sebelum membuat permohonan.
  2. Syarat-syarat kelayakan cuti belajar bergaji penuh. Sila Klik Sini.
  3. Syarat-syarat Hadiah Latihan Persekutuan Secara Separuh Masa (HLPS). Sila Klik Sini.
  4. Tatacara dan panduan permohonan program penajaan Tahun 2018. Sila Klik Sini.
  5. Senarai bidang peringkat Sarjana yang ditawarkan. Sila Klik Sini.
  6. Senarai bidang peringkat Kedoktoran Dalam Negara. Sila Klik Sini.
  7. Senarai bidang peringkat Kedoktoran Luar Negara. Sila Klik Sini.
  8. Senarai penyakit kronik. Sila Klik Sini.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *