Permohonan Dana Terengganu 2019 (iDANA)
Connect with us

Permohonan

Permohonan Dana Terengganu 2019 (iDANA)

Published

on

Permohonan Dana Terengganu 2019 (iDANA)
Permohonan Dana Terengganu 2019 (iDANA)

Berita baik untuk rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk menerima bantuan kewangan. Kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan bantuan untuk rakyat Negeri Terengganu atau lebih dikenali dengan nama iDANA. Bantuan ini diwujudkan untuk membantu mengurangkan beban bagi golongan seperti ibu tunggal, Orang kelainan Upaya (OKU), warga emas dan orang miskin serta yang berkelayakan.

Melalui bantuan ini, kerajaan Negeri Terengganu berharap dapat membantu golongan yang memerlukan terutama ketika masa ekonomi yang tidak menentu kini. Dengan harga barang yang meningkat kos sara hidup yang tinggi diharap dapatlah meringankan beban rakyat Negeri Terengganu. Setiap permohonan yang diluluskan akan dimaklumkan dan bantuan akan disalurkan secepat yang mungkin.

Antara bantuan yang diberikan adalah Dana Hari Raya, Transformasi Orang Muda ( TOM – Bakti Remaja ) dan Bantuan Persekolahan.

Permohanan Bantuan iDANA Terengganu 2019 secara Online

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan online Dana Negeri terengganu secara atas talian (Online), Pautan aplikasi permohonan dan syarat kelayakan.

Cara Membuat Permohonan Online / Manual iDana Terengganu 2019

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon melalui online dan manual :

i ) Secara Online

Klik pautan berikut : ( http://idana.terengganu.gov.my/ )

Paparan muka Potral Rasmi Permohonan iDANA Negeri Terengganu Online adalah seperti berikut :

Permohonan Dana Terengganu 2019 (iDANA)

ii ) Secara Manual

Pemohon boleh datang atau hadir terus ke Pusat Bestari.com yang berdekatan di DUN masing-masing. Maklumat alamat dan lokasi BESSCOM di seluruh Terengganu boleh rujuk di

Langkah Permohonan Online iDANA Negeri Terengganu

Antara langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut :

i) Semakan

  • Semakan dibuat dengan menggunakan No. Kad Pengenalan pemohon

ii) Pilihan Bantuan

  • Semua bantuan yang dibuka untuk permohonan akan disenaraikan dan pemohon boleh memilih bantuan yang dibenarkan sahaja

iii) Syarat Kelayakan

  • Semua syarat-syarat kelayakan akan disenaraikan dan pemohon hendaklah mempersetujui syarat-syarat tersebut bagi meneruskan permohonan.

iv) Mohon

  • Semua maklumat permohonan yang wajib diisi bertanda * Sebahagian maklumat adalah pilihan (tidak wajib diisi)

v) Pengesahan

  • Pemohon hendaklah mengesahkan dan bertanggungjawab ke atas semua maklumat permohonan yang telah dibuat.

vi) Cetak Permohonan

  • Permohonan dikehendaki mencetak Borang Permohonan dan menyerahkan kepada JKKK untuk dibuat pengesahan. JKKK berhak menerima atau tidak menerima permohonan tersebut. Permohonan tersebut dibuat sebagai bukti Borang Permohonan telah diterima dan disahkan.

Maklumat Lanjut

Panduan lengkap cara-cara memohon di manual Permohonan PDF. Soalan Lazim permohonan pula boleh dirujuk di Faq.

Selamat memohon Permohonan Online iDANA Terengganu 2019. Semoga rakyat Terengganu yang berkelayakan berjaya mendapatkan bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *