Permohonan EgTukar Guru 2018 Online - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Permohonan EgTukar Guru 2018 Online

Published

on

Permohonan EgTukar Guru 2018 Online

Permohonan EgTukar Guru 2018 Online.  Perhatian kepada semua para pendidik yang berada di seluruh Malaysia. Berita baik buat guru-guru yang ingin membuat permohonan pertukaran sekolah disebabkan oleh faktor-faktor yang memaksa anda untuk berpindah. Untuk pengetahuan anda, permohonan EgTukar tahun 2018 sepanjang tahun boleh dimohon secara online.

 

Permohonan EgTukar Guru 2018 Online

EgTukar merupakan satu modul yang diperkenalkan oleh Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Pengurusan Guru. Modul EgTukar telah dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Modul EgTukar ini merangkumi pengurusan hal ehwal para pendidik khususnya permohonan pengurusan pertukaran guru di seluruh Malaysia dan melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan juga Sekolah).

Tarikh Penting Permohonan EgTukar Guru 2018 Online

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi permohonan sistem EgTukar Guru tahun 2018 secara online melalui aplikasi yang telah ditentukan yang anda perlu peka:-

Tarikh buka permohonan18 Februari 2018
Tarikh tutup permohonan25 Mac 2018
Aplikasi permohonan secara onlinehttps://epgo.moe.gov.my/

 

Prosedur Permohonan EgTukar Guru 2018 Online

  1. Layari laman web permohonan EgTukar di pautan rasmi https://epgo.moe.gov.my/.
  2. Klik Daftar Masuk.
  3. Masukkan maklumat-maklumat anda mengikut butir yang telah disediakan.

Setelah selesai mendaftar, sila ikuti langkah berikutnya:

  1. Log masuk ke sistem aplikasi permohonan dengan menggunakan ID Pengguna, Kata Laluan dan No. KP seperti yang telah didaftarkan.
  2. Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN SALAH MASUK akan terpapar. Sila pastikan bahawa segala maklumat yang telah digunakan untuk log masuk adalah tepat seperti yang telah didaftarkan.
  3. Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh mendapatkan kata laluan semula dengan klik Lupa Kata Laluan seperti yang dipaparkan di laman utama EgTukar.
  4. Masukkan No. KP pada ruangan yang telah disediakan, dan klik Hantar. Kata laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan dalam sistem.

Semoga perkongsian mengenai EgTukar ini dapat membantu para guru yang ingin memohon untuk berpindah ke tempat yang mereka ingini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *