Permohonan eRumah Negeri Pulau Pinang Online
Connect with us

Permohonan

Permohonan eRumah Negeri Pulau Pinang Online

Published

on

Permohonan eRumah Negeri Pulau Pinang Online

Permohonan eRumah Negeri Pulau Pinang Online. Berita baik buat warga pulau pinang yang berhasrat untuk memiliki rumah sendiri. Kepada golongan yang berkelayakan iaitu isi rumah yang berpendapatan rendah atau sederhana boleh membuat permohonan eRumah Negeri Pulau Pinang secara online untuk mendapatkan rumah mampu milik  tersebut.

Permohonan eRumah Negeri Pulau Pinang Online

 

Berikut dikongsikan maklumat penting yang berkaitan dengan Permohonan eRumah Negeri Pulau Pinang Online meliputi borang permohonan atas talian, syarat permohonan, Panduan permohonan dan cara hubungi.

 

Syarat Permohonan eRumah negeri Pulau Pinang

Berikut adalah syarat permohonan erumah yang merangkumi Projek Perumahan Rakyat (PPR), Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah dan Rumah Mampu Milik.

Aplikasi yang disediakan :

1.  Borang Online Permohonan / Pendaftaran e-Rumah Penang

2.  Panduan Penggunaan Sistem Aplikasi Permohonan e-Rumah Penang

 

1. Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Syarat-syarat mengenai Projek Perumahan Rakyar (PPR)  mestilah disokong dengan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang disahkan seperti yang berikut :

  1.  Salinan Kad Pengenalan Suami atau Isteri
  2.  Salinan Sijil Nikah, Pendaftaran Perkahwinan, Akaun Sumpah Perkawinan Pemohon.
  3.  Sertakan surat daftar cerai sekiranya duda/janda. Atau sertakan salinan Sijil Kematian ( Sekiranya suami atau isteri meninggal )
  4.  Salinan Kad pengenalan anak kelahiran tanggungan
  5.  Sekiranya berkerja kerajaan atau swasta, sertakan domumen seperti berikut :
  •  Surat pengesahan terkini daripada majikan / salinan penyata gaji.
  •  Salinan penyata KWSP suami atau isteri
  •  Pengesahan daripada KWSP sekiranya tidak mencarum

6.  Sekiranya berniaga sertakan dokumen seperti :

  •  Surat Akaun Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan suami / isteri
  •  Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Lesen Perniagaan

7.  Sekiranya tidak berkerja sila sertakan surat akaun sumpah “tidak berkerja”.

8.  Sekiranya berkerja sendiri, sertakan Surat Akaun Sumpah pendapatan terkini pemohon.

9.  Sertakan 3 keping gambar rumh dari sudut depan, belakang dan tepi.

10.  2 kepang gambar yang bersaiz kad pengenalan

11.  Salinan laporan CCRIS.

 

2. Rumah Mampu Milik

Hanya pemohon yang layak sahaja akan didaftarkan. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :

  1.  Warganegara Malaysia
  2.  Berusia 21 tahun ke atas
  3.  Anak kelahiran Pulau Pinang atau bermastautin di Pulau Pinang
  4.  Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang
  5.  Berkerja di Pulau Pinang
  6.  Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik (A) harga Maksimum RM 42,000.00.
  7.  Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik (B) harga Maksimum RM 72,500.00.
  8.  Income / Pendapatan suami isteri tidak melebihi RM 6,000.00 Untuk Rumah Mampu MIlik (C1) harga maksimum RM 150,000.00 .
  9.  Pendapatan suami isteri tidak melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu MIlik (C2) harga maksimum RM 200,000.00 .
  10.  Pendapatan suami isteri tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu MIlik (C3) harga maksimum RM 300,000.00 .
  11. Kepada pemohon Rumah Mampu Milik jenis A / jenis B , pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah dimana-mana negeri di Malaysia.
  12. Bagi pemohon Rumah Mampu Milik jenis C1,C2,C3 pemohon dan pasangan yang memiliki rumah berharga dibawah harga Rumah Mampu Milik yang dipohon ( dengan syarat pemilikan rumah sebelumnya adalah selepas tahun 2008 ) adalah layak memohon
  • Untuk kategori penjawat awam, pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari pihak Ketua Jabatan masing-masing
  • Untuk kategori Talent and Skill Group pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari pihak Invest Penang.

 

Malumat Lanjut Permohonan eRumah Negeri Pulau Pinang

 

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan eRumah Pulau Pinang boleh terus hubungi :

  • Bahagian perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang,

Tingkat 20, Komtar,

10503 Pulau Pinang,

04-2621957 (Telepon),

04-2622904 (Fax).

 

Semoga perkongsian maklumat Permohonan eRumah Pulau Pinang Online ini dapat membantu sedikit kesulitan pemohon dalam membuat permohonan. Semoga pendaftaran pemohon berjaya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *