Permohonan ILKBS 2018 ( IKBN , IKTBN , AKBG ) Online - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Permohonan ILKBS 2018 ( IKBN , IKTBN , AKBG ) Online

Published

on

PERMOHONAN ILKBS

Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) merupakan satu inisiatif kerajaan kepada golongan belia untuk melanjutkan pelajara. ILKBS menumpukan perhatian ke dalam bidang kemahiran dan teknikal seperti automotif, marin, mekanikal, hospitaliti dan banyak lagi. Artikel kali ini akan memberikan anda maklumat mengenai Permohonan ILKBS 2018 secara online.

Permohonan secara online ILKBS akan melibatkan 3 institut iaitu;

  1. Institut Kemahrian Belia Negara ( IKBN)
  2. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara ( IKTBN )
  3. Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG)

Sehingga kini terdapat 22 buah institusi ILKBS di seluruh negara yang mencakupi ketiga-tiga jenis institut seperti di atas. Anda boleh melihat kedudukan di mana ianya terletak melalui peta ringkas di bawah ini.

ilkbs

Permohonan ILKBS 2018 Secara Online

Permohonan ke ILKBS ini adalah khas untuk pelajar lepasan SPM, SKT dan ST. Maka sesiapa lepasan sijil ini adalah dipelawa untuk membuat permohonan kemasukan ke sini. Berikut adalah maklumat mengenai permohonan ILKBS 2018 ini.

JENIS PERMOHONAN :PERMOHONAN ILKBS 2018
TARIKH BUKA PERMOHONAN:4 OTOBER 2017
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :8 NOVEMBER 2017
PAUTAN PERMOHONANMOHON SINI

Cara Permohonan Ke ILKBS

Berikut kami kongsikan tutorial cara untuk anda membuat permohonan ke ILKBS.

  1. Pertama sekali, masuk ke laman web ini.
  2.  Anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah ini:
  3. mohon ilkbs
  4. Masukkan kad pengenalan anda dan juga jenis kad pengenalan, nama penuh serta ruangan lain yang diminta.
  5. Setelah selesai melengkapkan borang online ini anda klik daftar.
  6. Selesai mendaftar akaun anda pada laman web berkenaan, anda boleh mula mengisi borang permohonan.
  7. Sebelum itu, login terlebih dahulu di sini.
  8. pastikan mengisi borang dengan betul

perhatian: Jika anda salah memasukkan kata laluan sebanyak 5 kali, akaun anda akan disekat. Jika hal yang demikian berlaku, anda haruslah menghubungi terus pihak ILKBS untuk menyelesaikan masalah ini. Anda boleh hubungi mereka di;

03-8871 3685 / 03 8871 3646 / 03 8871 3690

Tarikh Penting Permohonan ILKBS 2018

Di sini kami sediakan kepada anda jadual mengenai tarikh-tarikh penting permohonan. Jadual ini memudahkan anda untuk mengethaui tarikh semakan, rayuan dan kemasukan. Ini bagi mengelakkan anda terlepas sebarang kemaskini.

PERKARATARIKH
PERMOHONAN ILKBS DIBUKA4 OKTOBER 2017
PERMOHONAN  ILKBS DITUTUP8 NOVEMBER 2017
TEMDUGA15 NOVEMBER 2017 HINGGA 16 NOVEMBER 2017 ( HANYA UNTUK PROGRAM YANG MEMPUNYAI TEMUDUGA SAHAJA)
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN29 NOVEMBER 2017
PENGESAHAN SAMA ADA ANDA TERIMA ATAU TOLAK29 NOVEMBER 2017 HINGGA  13 DISEMBER 2017
PERMOHONAN RAYUAN MULA DIBUKA29 NOVEMBER 2017 HINGGA  13 DISEMBER 2017
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN20 DISEMBER 2017
PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 20183 JANUARI 2018

SENARAI ILKBS ( IKBN IKTBN AKBG) SELURUH NEGARA

Di sini kami senaraikan kesmeua institusi ILKBS yang terdapat di seluruh negara. Ini bagi memdudahkan anda mengethau dimanakan kemungkinan anda akan ditempatkan jika permohonan anda berjaya kelak.

  • INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
  • INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA CHEMBONG
  • INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA DUSUN TUA
  • INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA BACHOK
  • INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA MIRI
  • INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA JITRA
  • INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KINARUT
  • INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PERETAK
  • INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA TEMERLOH
  • INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA WAKAF TAPAI
  • INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BANDAR PENAWAR
  • INSTITUT KEMAHIRAN BELIA SERI ISKANDAR
  • INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PEKAN
  • INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA PAGOH
  • INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA NAKA
  • INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA ALOR GAJAH
  • INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KEMASIK
  • INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KUALA LANGAT
  • INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA BUKIT MERTAJAM
  • INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KUALA PERLIS
  • INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA TANAH MERAH
  • AKADEMI KEMAHIRAN BELIA GOLF MALAYSIA

BACA: KLIK SINI JIKA INGIN MEMOHON KE UIAM

Syarat Permohonan Kemasukan Ke ILKBS 2018

Berikut kami kongsikan syarat  jika seseorang ingin masuk ke ILKBS.

Syarat umum bagi seseorang layak memohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kemahiran menulis dan membaca yang baik.
  3. Pemohon hendaklah berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun pada tahun permohonan dibuat.
  4. Pemohon  hendaklah belum berkahwin ataupun masih bujang.
  5. Tubuh badan hendaklah dalam keadaan baik dan sihat.
  6. Tidak pernah terlibat dengan mana-mana jenis jenayah.
  7. Tidak pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
  8. Pemohon haruslah tidak pernah mengikut mana-mana kurus sijil kemahiran di mana-mana institu lain. Kecuali pemohon Sijl Kemahiran Malaysia (SKM).
  9. Mampu mematuhi segala peraturan yang diberikan oleh pihak institusi.

Semoga permohonan anda untuk memasuki ILKBS akan berjaya. Selamat membuat permohonan dan kami ucapkan selamat maju jaya. Kongsikan artikel mengenai Permohonan ILKBS 2018 ini kepada rakan-rakan lain.

 

1 Comment

1 Comment

  1. Ila

    January 4, 2018 at 3:46 pm

    Asalamualaikum.. Saya nak tanye di ikbn peretak jurusan jahitan pakaian wanita masih ade kekosongan lagi tak? Saya difahamkan permohonan saya ditolak ..jadi bagaimana nak buat rayuan ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *