Permohonan IPG 2018 Secara Online - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Permohonan IPG 2018 Secara Online

Published

on

Permohonan IPG 2018 Secara Online

Permohonan IPG 2018 Secara Online. Bagi mana-mana pelajar lepasan tingkatan 5 yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai minat untuk menjadi warga pendidik tidak kira sekolah rendah mahupun sekolah menengah, anda kini boleh memohon untuk memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) melalui program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), yang dikenali sebagai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

 

Permohonan IPG 2018 Secara Online

Untuk mengetahui alamat lokasi Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh Malaysia yang berdekatan dengan tempat anda beserta nombor dan email yang boleh dihubungi, sila klik Senarai IPG Maktab Perguruan di Malaysia.

Permohonan IPG 2018

Berikut merupakan tarikh-tarikh yang anda perlu peka iaitu tarikh permohonan kemasukan IPG dibuka dan tarikh permohonan kemasukan IPG ditutup. Permohonan tersebut boleh dilakukan secara online.

Tarikh Permohonan Dibuka:Bulan Mac 2018(Tarikh rasmi akan dikemaskini)
Tarikh Permohonan Ditutup: Tarikh rasmi belum dikeluarkan
Permohonan Secara Online:Aplikasi Permohonan IPG

*info: Belum ada pengumuman rasmi daripada laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai tarikh-tarikh permohonan dibuka dan ditutup. Segala maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah pengumuman rasmi mengenai tarikh sebenar telah dihebahkan.

**info: Aplikasi permohonan IPG juga akan dibuka bersama-sama tarikh rasmi tersebut diumumkan.

Prosedur Untuk Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Tahun 2018

Berikut merupakan prosedur yang perlu dipatuhi oleh setiap calon yang ingin memohon untuk memasuki IPG:-

  • Calon perlulah membuat permohonan secara online melalui Aplikasi Permohonan IPG.
  • Calon yang berjaya akan dimasukkan ke dalam senarai pendek untuk melalui Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) tersebut akan dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu bahagian bertulis dan bahagian fizikal. Ujian ini diadakan dengan bertujuan untuk menguji tahap fizikal dan intelektual setiap pemohon.
  • Setelah selesai sesi UKCG, para calon akan menunggu selama beberapa hari sebelum keputusan rasmi UKCG dikeluarkan. Hanya pemohon yang berjaya/ lulus dalam sesi UKCG sahaja akan ditawarkan untuk ke sesi seterusnya, iaitu sesi temuduga.
  • Para pemohon yang berjaya mendapat tawaran untuk sesi temuduga akan dihubungi mengenai lokasi dan masa untuk temuduga akan dijalankan.
  • Setelah sesi temuduga selesai, pemohon akan menunggu selama beberapa minggu sebelum keputusan temuduga diketahui sama ada calon tersebut layak/ tidak layak untuk memasuki IPG.
1 Comment

1 Comment

  1. Naziman Azlye

    January 8, 2018 at 1:09 pm

    Waa boleh mohon online ja rupanya. Baru tahu. Nak suruh adik mohon laa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *