Pendidikan
Permohonan Kemasukan IPG 2019 (Maktab Perguruan)


Permohonan Kemasukan IPG 2019 (Maktab Perguruan) – Berita baik buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk menjadi guru atau cikgu. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi pengambilan 2019.
Untuk makluman, Program PISMP adalah dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPG dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk keperluan di sekolah rendah. Permohonan kemasukan adalah secara atas talian (online) melalui Aplikasi Permohonan Program Perguruan KPM. Senarai lokasi dan alamat IPG boleh rujuk di IPGM ( Dahulunya Maktab Perguruan).
Permohonan Kemasukan IPG 2019 Online
Berikut adalah maklumat dan panduan dalam membuat permohonan IPG 2019 dalam atas talian (online). Maklumat yang dikongsikan adalah tarikh penting permohonan termasuk UKCG, aplikasi permohonan, syarat kemasukan IPG dan semakan tawaran.
Malumat Penting Permohonan IPG Tahun 2019
Pelajar lepasan SPM yang berkelayakan boleh membuat permohonan Calon Guru PISMP 2019 seperti ketetapan berikut :
i ) Tarikh Buka Permohonan IPG
- 2019 : Akan dikemaskini
- 2018 : 13 Mac 2018
- 2017 : 23 Mac 2017
ii ) Tarikh Tutup
- 2019 : Akan Dikemaskini
- 2018 : 28 Mac 2018
- 2017 : 30 Mac 2017
iii ) Semakan Keputusan IPG
- Klik disini ===> https://pismp.moe.gov.my/iklan_pismp.cfm
Maklumat penting permohonan PISMP di IPG akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari Potral Rasmi KPM.
Borang Permohonan IPG 2019 Online
Permohonan PISMP 2019 boleh dibuat secara online dengan mengakses aplikasi permohonan PISMP IPG di bawah ini :
- Aplikasi Permohonan : Program Calon Gutru Tajaan KPM
Syarat-Syarat Kelayakan Asas
Syarat-syarat kelayakan asas bagi yang ingin membuat permohonan kemasukan ke IPG adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1998. Sekiranya anda lahir sebelum 30 Jun 1998 anda tidak layak memohon. ( Anda akan ketahui sama ada layak untuk membuat permohonan kerana sebaik sahaja permohonan dibuka, sistem akan terlebih dahulu membuat tapisan awal berkenaan umur pemohon. jika layak baru anda dibenarkan mendaftar seterusnya membuat permohonan PISMP secara online ).
- Sihat Tubuh Badan
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minium)
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu : 1. Bahasa Melayu 2. Sejarah
- Lulus Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat bidang Pengkhususan. Sila Klik == Senarai lengkap bidang pengkhususan
Semoga calon yang ingin membuat permohonan semuanya berjalan dengan lanjar dan berjaya.