Permohonan Kolej Matrikulasi KPM Sesi 2018/2019 Online - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Permohonan Kolej Matrikulasi KPM Sesi 2018/2019 Online

Published

on

Kolej Matrikulasi adalah kolej yang dituju selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di tingkatan 5. Kolej Matirkulasi adalah antara tempat yang menjadi pilihan para pelajar untuk meneruskan pelajaran. Ini kerana kolej Matrikulasi menawarkan waktu yang singkat untuk memperolehi ijazah. Di mana ianya cuma memerlukan setahun pengajian di Matrikulasi kemudian akan menyambung terus ke peringkat Ijazah (degree). Pada artikel kali ini, kami akan berikan anda maklumat mengenai Permohonan Matrikulasi sesi 2018/2019.

Setiap tahun permohonan kemasukan ke Matrikulasi dibuka kepada semua pelajar di tingkatan 5. Selalunya ianya dibuka pada bulan julai. Sama juga bagi tahu 2017 kali ini, permohonan dibuka pada 1 Julai 2017. Maka semua pelajar SPM digalakkan untuk mengisi permohonan kemasukan ke Matrikulasi ini.

Baca: Semakan Keputusan MUET Julai 2017

Cara Permohonan Matrikulasi Online

Kemasukan ke matrikulasi boleh dilakukan secara online (atas talian). Walaubagaimanapun, sebelum mengisi borang anda perlulah memilik NO PIN ID yang dibeli dari BSN.

Cara Membeli No PIN Matrikulasi

Anda boleh membeli no pin permohonan matrikulasi di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan anda. Prosedur pembelian no pin ini adalah seperti berikut:

1.       Pergi ke BSN yang berdekatan anda (lihat sini cawangan BSN)
2.       Nyatakan anda ingin membeli no pin matrikulasi. Anda akan diberi borang
3.       Isi dan lengkapkan borang yang diberikan.
4.       Kembalikan borang dan bayar RM10 (RM10.06 termasuk GST)
5.       Gunakan no pin yang tercetak pada borang untuk membuat permohonan

Selepas memiliki pin, isi borang secara online dengan melayari laman web berikut:

MOHON MATRIKULASI

Klik pautan di atas dan anda akan dibawa ke paparan berikut:

permohonan matirkulasi

Isi ruangan yang diberikan iaitu no kad pengenalan anda dan juga nombor PIN yang telah anda perolehi dari BSN. Kemudian selepas berjaya masuk, anda bolehlah mengisi dan melengkapkan borang permohonan Matrikulasi anda. Pastikan anda membuat pilihan tempat matirkulasi yang betul.

tarikh tutup permohonan ini adalah pada 30 November 2017. Di sini kami ringkaskan mengeenai permohonan Matrikulasi ini melalui jadual di bawah ini:

Jenis permohonanPermohonan Matrikulasi seis 2018/2019
Tarikh Permohonan dibuka1 Julai 2017
Tarikh permohonan ditutup30 November 2017
Pautan PermohonanMOHON

 

Kemaskini Permohonan Matrikulasi 2018

Setelah selesai mengisi borang permohonan, anda boleh mengemaskini permohonan anda sebelum tarikh tutup permohonan. Kemaskini ini melibatkan maklumat seperti alamat tempat tinggal anda ataupun pilihan matrikulasi anda.

Senarai Matrikulasi di Malaysia

Berikut kami sediakan senarai matrikulasi yang terdapat di Malaysia. Ini adalah sebagai panduan anda ketika mengisi borang.

1Kolej Matrikulasi Melaka
2Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
3Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
4Kolej Matrikulasi Labuan
5Kolej Matrikulasi Perlis
6Kolej Matrikulasi Johor
7Kolej Matrikulasi Perak
8Kolej Matrikulasi Kedah
9Kolej Matrikulasi Pahang
10Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
11Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
12Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
13Kolej Matrikulasi Selangor
14Kolej Matrikulasi Kelantan
15Kolej Matrikulasi Sarawak
16Kolej MARA Kulim
17Kolej MARA Kuala Nerang

Jenis Program di Matrikulasi

Secara umumnya terdapat 2 jenis program di matrikulasi iaitu:

  • Program 1 tahun
  • Program 2 tahun

Semoga permohonan anda untuk memasuki Matrikulasi di terima. Kongsikan artikel Permohonan Matrikulasi sesi 2018 ini kepada rakan anda.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *