Permohonan Perajurit Muda 2018 Tentera Darat - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Permohonan Perajurit Muda 2018 Tentera Darat

Published

on

Permohonan Perajurit Muda 2018 Tentera Darat

Permohonan Perajurit Muda 2018 Tentera Darat. Perhatian kepada mana-mana individu yang berminat untuk menyertai Perajurit Muda khususnya dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), permohonan telah dibuka.

Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia (TDM) dibuka secara online bagi Siri 186 Lelaki dan Siri 44 Wanita untuk tahun 2018. Permohonan tersebut telah dibuka bermula 4 Disember 2017 sehingga 4 Januari 2018.

Tarikh permohonan awal dibuka kepada beberapa lokasi di seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk laman rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM) untuk sebarang permohonan dan semakan keputusan calon.

 

Permohonan Perajurit Muda 2018 Tentera Darat

Bagi mana-mana calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk menghadirkan diri ke Sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki, Wanita TD, dan Pemilihan termasuk calon Lelaki dan Wanita Kor Agama Angkatan Tentera.

Berikut merupakan syarat-syarat Permohonan Perajurit Muda 2018 Tentera Darat Malaysia (TDM):-

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek BAHASA INGGERIS/
MATEMATIK/ SAINS (BIO/FIZIK/KIMIA). LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 dan ke atas.

2.Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU Kod 1104 dan salah satu subjek BAHASA INGGERIS/MATEMATIK/ SAINS.

3.Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

4.Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan PRINSIPAL dalam Subjek SYARIAH/ USULUDDIN/ BAHASA ARAB pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan LULUS dalam BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (KAGAT).

5.Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM
(KAGAT).

6.Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM.

7.Diploma dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH di Iktiraf
KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ JURURAWAT PERGIGIAN dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak
mendapat sijil diperingkat SPM.

6.Diploma Pelbagai Bidang dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

WANITA
1.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA
INGGERIS. LULUS SEJARAH bagi SPM 2013 ke atas.

2.Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL 1104, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS.

3.Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

4.Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan PRINSIPAL dalam Subjek SYARIAH/ USULUDDIN/ BAHASA ARAB pada
peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (KAGAT).

5.Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan KEPUJIAN untuk subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (KAGAT).

6.Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM.

7.Diploma dalam bidang TAHFIZ AL-QURAN/ PENGAJIAN ISLAM dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM.

8. Diploma Pelbagai Bidang dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM).

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *