Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia 2018 - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia 2018

Published

on

Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia 2018. Perhatian kepada semua penjawat awam, tidak kira yang masih bekerja atau pun yang telah berpencen. Kerajaan telah memperkenalkan skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dengan menyediakan kediaman mampu milik kepada para penjawat awam.

 

Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia 2018

Menerusi Pembentangan Bajet 2018, pembinaan rumah mampu milik PPA1M berkenaan berharga antara RM 90,000 hingga RM 300,000 bagi sebuah rumah yang berkeluasan antara 850 dan 1,500 kaki persegi (79 dan 139 meter persegi).

 

 Syarat-Syarat Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia 2018

Permohonan PPA1M ini hanya terbuka kepada penjawat awam yang bekerja di sektor:

  • Perkhidmatan awam persekutuan
  • Perkhidmatan awam negeri
  • Badan berkanun persekutuan
  • Badan berkanun negeri
  • Pihak berkuasa tempatan

Berikut merupakan syarat-syarat untuk melayakkan diri sebagai pemohon PPA1M tahun 2018:

  1. Semua penjawat awam dari kesemua gred jawatan.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Penjawat awam yang telah berpencen dan kontrak juga boleh memohon.
  4. Boleh memohon lebih dari satu projek pada satu-satu masa, namun pemohon boleh ditawarkan salah satu projek sahaja bagi setiap isi rumah (sekiranya berjaya).
  5. Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah hak milik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/ isteri atau anak-anak.

 

Manual Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia 2018

1. Pendaftaran

Daftar akaun anda di pautan https://ppa1m.gov.my. Setelah selesai pendaftaran, anda akan mendapat notifikasi kata laluan melalui email.

2. Pelancaran

Pilih lokasi pilihan masing-masing projek PPA1M.

3. Permohonan

Buat permohonan dengan log masuk ke pautan https://apps.ppa1m.gov.my/login.

4. Pilihan Projek

Pilih jenis unit yang ada bagi projek perumahan anda. Dinasihatkan agar menyemak kelayakan pinjaman dengan LPPSA/bank komersil terlebih dahulu sebelum memilih jenis rumah.

5. Pengundian

Proses pengundian akan dilakukan mengikut kaedah yang digunakan oleh Unit PPA1M.

6. Penawaran

Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel, SMS dan paparan di laman web PPA1M.

7. Perjanjian Jual Beli

Sediakan bayaran deposit sebanyak 2% daripada harga rumah semasa menandatangani Perjanjian Jual Beli.

8. Pembiayaan

Anda hendaklah mengurus permohonan pembiayaan dan perlu mendapat kelulusan pinjaman dalam tempoh 2 bulan selepas Perjanjian Jual Beli.

9. Penyerahan Kunci

Setelah dokumen lengkap ditandatangani, kunci dan hartanah akan diserahkan secara rasmi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *