Permohonan Polis Diraja Malaysia 2018 Online - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Permohonan Polis Diraja Malaysia 2018 Online

Published

on

Permohonan Polis Diraja Malaysia 2018 Online. Perhatian kepada mana-mana individu yang berminat untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahun 2018. Tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan untuk menganggotai PDRM? Kini anda tidak perlu risau lagi. Permohonan untuk kemasukan anggota Polis Diraja Malaysia kini boleh dibuat secara online bagi sesi pengambilan 2018/2019.

 

Permohonan Polis Diraja Malaysia 2018 Online

Untuk makluman anda, bermula 20 Mac 2012, permohonan untuk anggota Polis Diraja Malaysia adalah secara melalui pendaftaran online portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Pengambilan bagi jawatan PDRM secara terbuka tidak lagi dilaksanakan.

Tarikh Permohonan Pengambilan Jawatan PDRM

Temuduga Pengambilan Jawatan Inspektor
Tarikh DibukaTarikh Ditutup
19 Feb 201819 Mac 2018
TEMPAT: Seluruh Balai Polis, IPK dan IPD Malaysia

Permohonan jawatan Inspektor adalah terbuka kepada lelaki dan wanita dengan syarat kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda.

Temuduga Pengambilan Jawatan Sarjan Dan Konstabel
Tarikh DibukaTarikh Ditutup
22 Feb 201826 Mac 2018
TEMPAT: Seluruh Balai Polis, IPK dan IPD Malaysia
Syarat Permohonan Polis Diraja Malaysia 2018 Online
  1. Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun.
  2. Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan daripada 15 jawatan sahaja.
  3. Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja. Pemohon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  4. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.

Cara Membuat Permohonan Polis Diraja Malaysia Secara Online

1. Sila masuk ke portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di laman web : https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
2. Para pemohon hendaklah mendaftarkan nama dan maklumat seperti yang telah disediakan dalam laman web tersebut sebelum ke peringkat seterusnya, iaitu mengisi borang SPA8i.
3. Bagi yang tidak mempunyai ID akaun sebelum ini, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu dan masukkan butiran yang diperlukan sebelum mengisi borang.

Jawatan Kosong Suruhanjaya Pasukan Polis 2018

1. Inspektor Gred YA 13

2. Sarjan Gred YA 5

3. Konstabel Gred YA 1

4. Konstabel Sokongan Gred YT 1

5. Konstabel Orang Asli Gred YP 1

1 Comment

1 Comment

  1. MUHAMMAD FIKRI

    July 11, 2018 at 1:43 pm

    Saya sudah isi spa8i 2 tahun lebih tapi tak panggil2 mcm mne ni ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *