Permohonan Prasekolah 2019 Online - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Permohonan Prasekolah 2019 Online

Published

on

Permohonan Prasekolah 2019 Online. Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga. Ingin memasukkan anak-anak atau jagaan anda ke PraSekolah? Kini anda tidak perlu risau lagi. Permohonan kemasukan pelajar ke PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi persekolahan tahun 2019 akan dibuka tidak lama lagi. Permohonan pendaftaran PraSekolah boleh dilakukan secara dalam talian di E-Prasekolah atau permohonan secara manual.

 

Permohonan Prasekolah 2019 Online

Berikut dikongsikan mengenai syarat kelayakan untuk memohon PraSekolah, cara pendaftaran secara online dan manual, dan semak keputusan permohonan. Sekiranya anda mempunyai anak sekitar umur 4 hingga 5 tahun dan bakal memasuki prasekolah tahun hadapan, digalakkan untuk memohon.

Syarat Kelayakan Permohonan Prasekolah 2019

  1. Kanak-Kanak mestilah warganegara Malaysia
  2. Kanak-Kanak lahir pada 2 Januari 2013 sehingga 15 Januari 2015
  3. Pemilihan murid adalah berdasarkan sistem merit

Cara Membuat Permohonan Prasekolah 2019 Online dan Manual

A. Permohonan Online

  1. Sila layari portal rasmi ePraSekolah di https://eprasekolah.moe.gov.my/
  2. Untuk manual cara mendaftar dan menggunakan ePraSekolah, sila Klik Manual Pengguna

Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu/ bapa/ penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Tempoh permohonan secara dalam talian bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2018.

B. Permohonan Manual

Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2018.

  1. Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/ institusi yang ingin dimohon.
  2. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.

Permohonan Bagi Prasekolah Pendidikan Khas

Hendaklah disertakan dengan borang pengesahan daripada pengamal perubatan, ahli optic, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan kerajaan.

  1. Surat penempatan oleh JPN/PPW/PPD
  2. Pengesahan dan pendaftaran

Semak Keputusan Permohonan 

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Tahun 2018 Boleh Dibuat Mulai 5 Ogos 2017 Hingga 20 Ogos 2017:-

  • Bagi Permohonan Secara Dalam Talian 
    Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my.
  • Bagi Permohonan Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon 
    Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon.

Rayuan Permohonan
Bagi permohonan yang tidak berjaya rayuan boleh dikemukakan mulai 5 ogos 2017 hingga 20 Ogos 2017. Bagi permohonan secara dalam talian yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan melalui laman
sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my.

Bagi permohonan secara manual rayuan boleh dikemukakan melalui sekolah yang dimohon atau Pejabat
Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi
negeri yang tiada PPD/PPW.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *