Permohonan Rumah Bina Negara Risda Dan Felcra 2018
Connect with us

Semasa

Permohonan Rumah Bina Negara Risda Dan Felcra 2018

Published

on

Permohonan Rumah Bina Negara Risda Dan Felcra 2018

Permohonan Rumah Bina Negara Risda Dan Felcra 2018. Berikut adalah dikongsikan cara membuat Permohonan Rumah Bina Negara Risda Dan Felcra (RBN) berserta dengan maklumat syarat permohonan dan link borang permohonan. Panduan ini adalah khusus kepada mereka yang tidak memiliki rumah dari kalangan generasi kedua Risda dan Felcra.

Perumahan generasi kedua luar bandar ini juga dikenali sebagai Rumah Bina Negara (BN) Risda dan juga Felcra. Ianya juga dapat membantu golongan mereka yang memerlukannya untuk memiliki rumah sendiri.

 

Permohonan Rumah Bina Negara Risda Dan Felcra 2018

 

Untuk membuat setiap permohonan rumah bina negara Risda dan Felcra 2018. Pemohon haruslah mengikut setiap syarat kelayakan bagi memiliki rumah tersebut dan memberikan dokumen-dokumen yang diminta dengan sahih dan tiada penipuan bagi menyenangkan lagi urusan dalam permohonan pemohon.

 

Syarat Permohonan Rumah Bina Negara (RBN)

A. RBN RISDA

Harga RBN yang ditawarkan adalah RM45,000 dimana jumlah sebenar RM65,000. Walau bagaimanapun, kerajaan telah memperuntukkan subsidi sebanyak RM20,000 menjadikan harganya lebih rendah berbanding harga asal.

Antara syarat-syarat permohonan bagi pemilikan Rumah Negara Adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Generasi kedua Luar Bandar.
  3. Bermastautin di Luar Bandar.
  4. Berumur 18 hingga 45 tahun.
  5. Pendapatan isi rumah RM4,000 dan kebawah.
  6. Sudah berkahwin.
  7. Sebagai rumah pertama (Memiliki rumah usang).
  8. Mempunyai tanah yang bersesuaian.
  9. Tanah milik terhad kepada dua pemilik sahaja.
  10. Tanah hanya 1 lot untuk satu buah rumah.
  11. Semua pemilik bersetuju untuk mencagarkan tanah.
  12. Kos penyediaan tapak ditanggung sendiri oleh pemohon.
  13. Kemudahan penyambungan dan pemasangan utiliti.
  14. Pengesahan pendapatan oleh pemimpin tempatan.

Info Rumah Bina Negara RISDA (RBN)

  • Saiz Rumah : 700 kaki persegi
  • Komposisi : 3 bilik tidur dan 2 bilik air ansuran bulanan serendah RM250 sebulan.

 

B. RBN FELCRA

Harga jualan RBN FELCRA adalah tidak melebihi RM75,000 dengan ansuran bulanan tidak melebihi RM500.

 

Layak Memohon RBN FELCRA 

  1.  Warganegara Malaysia
  2.  Warga Desa dengan keutamaan kepada Generasi kedua Felcra Berhad.
  3.  Bermastautin di penempatan Felcra yang terlibat.
  4.  Berumur 18 hingga 45 tahun.
  5.  Sudah berkahwin.
  6. Tidak memiliki rumah sendiri.
  7. Pendapatan bulanan dibawah RM4000.
  8. Pembelian rumah pertama.

 

Borang Permohonan Rumah Bina Negara Risda dan Felcra

 

1. Borang Permohonan Rumah Negara (RBN) Risda

Kepada mereka yang layak dan berminat boleh memuat turun borang permohonan di Laman Web Risda

Klik disini => Borang Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) Risda

 

2. Borang Permohonan Rumah Bina Negara Felcra

Klik link dibawah untuk membaca panduan dan borang permohonan

 

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi terus :

1. RBN RISDA

TEL : 03-42564022

Fax : 03-42576726

2. RBN FELCRA

TEL : 603-41455000

Fax : 603-41528162

 

Selamat Membuat Permohonan Rumah Bina Negara Risda dan Felcra. Semoga permohonan anda semua berjaya.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Permohonan Egtukar Guru Tahun 2018 Secara Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *