Permohonan Rumah Bina Negara Risda dan Felcra 2018 - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Permohonan Rumah Bina Negara Risda dan Felcra 2018

Published

on

Permohonan Rumah Bina Negara Risda dan Felcra 2018

Permohonan Rumah Bina Negara Risda dan Felcra 2018. Perhatian kepada mana-mana golongan belia dari kalangan generasi kedua RISDA dan FELCRA. Anda mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri? Kini anda boleh merealisasikan impian tersebut dengan permohonan Rumah Bina Negara (RBN) khusus untuk RISDA dan FELCRA bagi tahun 2018.

 

Permohonan Rumah Bina Negara Risda dan Felcra 2018

Rumah Bina Negara (RBN) telah diperkenalkan dan diumumkan pada penghujung tahun 2016, merupakan program perumahan mampu milik kepada golongan belia di luar bandar. Program tersebut mengutamakan golongan generasi kedua peserta di tanah-tanah rancangan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) seperti FELCRA dan RISDA.

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk membantu golongan belia luar bandar untuk memiliki sebuah rumah dengan keluasan asas 700 kaki persegi. Rumah tersebut mengandungi tiga bilik tidur dan dua bilik air, serta dilengkapi dengan kemudahan seperti lampu dan kipas.

Syarat Permohonan Rumah Bina Negara Risda dan Felcra 2018

Berikut merupakan syarat dan garis panduan untuk memohon Rumah Bina Negara bagi RISDA dan FELCRA:-

1. Rumah Bina Negara RISDA

Harga RBN yang ditawarkan adalah sebanyak RM 45,000 di mana kerajaan telah memberi subsidi sebanyak RM 20,000 daripada jumlah asal iaitu RM 65,000.

Antara syarat-syarat permohonan bagi kelayakan pemilikan RBN RISDA adalah:

  1. Berwarganegara Malaysia
  2. Generasi kedua luar bandar
  3. Bermastautin di luar bandar
  4. Berumur 18-45 tahun
  5. Pendapatan isi rumah sebanyak RM 4,000 sebulan ke bawah
  6. Telah berkahwin
  7. Permohonan sebagai rumah pertama
  8. Mempunyai keluasan tanah yang bersesuaian
  9. Tanah milik sendiri/ibu/bapa (terhad kepada 2 pemilik sahaja)
  10. 1 Lot tanah untuk satu rumah sahaja
  11. Semua pemilik bersetuju untuk mencagarkan tanah
  12. Kos penyediaan tapak ditanggung oleh pemilik
  13. Kemudahan penyambungan dan pemasangan utiliti
  14. Pengesahan pendapatan oleh Pemimpin Tempatan

Info dan Spesifikasi Rumah Bina Negara RISDA

2. Rumah Bina Negara FELCRA

Harga RBN yang ditawarkan adalah tidak melebihi RM 75,000 dengan ansuran bulanan tidak melebihi RM 500.

Antara syarat-syarat permohonan bagi kelayakan pemilikan RBN FELCRA adalah:

  1. Berwarganegara Malaysia
  2. Warga Desa dengan keutamaan kepada Generasi Kedua FELCRA Berhad
  3. Bermastautin di penempatan FELCRA yang terlibat
  4. Berumur 18-45 tahun
  5. Pendapatan isi rumah sebanyak RM 4,000 sebulan ke bawah
  6. Telah berkahwin
  7. Permohonan sebagai rumah pertama

Info dan Spesifikasi Rumah Bina Negara FELCRA

 

Borang Permohonan Rumah Bina Negara Risda dan Felcra 2018

1. Rumah Bina Negara RISDA

Mereka yang berkelayakan dan berminat boleh memuat turun (download) borang permohonan di Laman Web RISDA atau klik BORANG PERMOHONAN RBN RISDA.

Borang-borang lain yang perlu diisi termasuklah (sila klik borang di bawah):

2. Rumah Bina Negara FELCRA

Sila klik link di bawah untuk membaca panduan dan memuat turun borang permohonan:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *