Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018 - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018

Published

on

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018. Berita baik kepada semua rakyat Johor. Kini anda boleh memiliki rumah idaman sendiri dengan harga mampu milik dengan inisiatif terkini, iaitu Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor khusus kepada rakyatnya yang berkelayakan. Permohonan boleh dibuat secara online.

 

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018 (RMMJ) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi membantu meringankan beban rakyatnya yang berhasrat untuk memiliki rumah sendiri dengan syarat terhad kepada rakyat Johor yang telah menetap selama 5 tahun di Johor dan bergaji kasar tidak lebih daripada RM 8,000 untuk sebulan.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018

Berikut merupakan garis panduan mengenai syarat-syarat kelayakan untuk memohon Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ):-

  1. Berwarganegara Malaysia, terhad kepada rakyat Johor, telah menetap di negeri Johor selama 5 tahun dan berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM 8,000 sebulan.
  2. Boleh dimohon oleh bujang/ berkahwin.
  3. Permohonan HANYA sekali untuk pasangan suami/ isteri. Untuk permohonan isteri kedua dan seterusnya, permohonan hendaklah menggunakan nama isteri.
  4. Pemohon yang telah memiliki RKR selama 5 tahun dan ke atas layak untuk memohon rumah kedua iaitu PKJ B.
  5. Pemohon yang telah memiliki RKR/ RKSR/ PKJ A/ PKJ B boleh memohon RMMJ.
  6. Mana-mana individu yang telah memiliki rumah kos sederhana/ mewah adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  7. Semua dokumen sokongan serta surat akuan sumpah hendaklah dihantar sendiri ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari hari pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh, permohonan dikira BATAL.
  8. Semua dokumen sokongan dan surat akuan sumpah yang dikirim melalui pos TIDAK AKAN DITERIMA.
  9. Pemohon hendaklah mengemukakan kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.
  10. Hanya satu sahaja pemilikan bagi Kedai Kos Sederhana Rendah di dalam negeri Johor.
  11. Tempoh sah pendaftaran RMMJ adalah setahun dari tarikh pendaftaran. Hanya maklumat tertentu sahaja boleh dikemaskini menggunakan akaun pemohon sendiri.

Jenis Rumah RMMJ Yang Disediakan

Berikut merupakan jenis rumah dan kedai yang disediakan beserta syarat kelayakan gaji individu:-

Rumah KomunitiHarga RumahHad Maksimum Pendapatan
Jenis ARM 42,000.00RM 3,000.00
Jenis BRM 80,000.00RM 5,000.00
Rumah Mampu Milik Johor dan Kedai Kos Sederhana RendahRM 150,000.00 sehingga RM 220,000.00RM 8,000.00

 

Cara Memohon Rumah RMMJ

Berikut merupakan prosedur untuk membuat permohonan Rumah RMMJ. Permohonan hanya boleh dibuat secara ONLINE sahaja.

  • Masuk ke laman web rasmi e-Rumah Johor. Sekiranya anda pengguna pertama kali, anda dikehendaki untuk mendaftar di Pendaftaran Pertama Kali.
  • Masuk ke Log Akaun e-Rumah Johor. Login dengan menggunakan butir yang telah diisi semasa pendaftaran. Kemudian, lengkapkan butir dan maklumat peribadi yang diperlukan di akaun anda.
  • Sila pilih Mukim, dan Jenis Kategori Perumahan mengikut kelayakan masing-masing. Setelah segala maklumat yang diisi telah lengkap, tekan hantar untuk diproses dalam sistem.
  • Bagi pemohon yang layak, anda akan diberitahu untuk tindakan lanjut seperti mengemukakan dokumen sokongan bagi permohonan tersebut.
1 Comment

1 Comment

  1. Muhammad

    January 2, 2018 at 3:51 pm

    Nice sharing min..sng ada bantuan mcm ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *