Permohonan Skim Latihan 1 Malaysia SL1M Online - Thenewsia
Connect with us

Semasa

Permohonan Skim Latihan 1 Malaysia SL1M Online

Published

on

Permohonan Skim Latihan 1 Malaysia SL1M Online

Permohonan Skim Latihan 1 Malaysia SL1M Online. Perhatian kepada semua lepasan ijazah atau setaraf. Bagi mana-mana graduan yang menganggur atau pun yang masih belum mendapat pekerjaan mengikut bidang masing-masing, tahukah anda terdapat program yang dianjurkan oleh kerajaan untuk memudahkan graduan agar dapat memohon untuk bekerja? Program tersebut adalah Skim Latihan 1 Malaysia atau dikenali sebagai SL1M kini boleh dimohon secara online.

 

Permohonan Skim Latihan 1 Malaysia SL1M Online

Program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) telah dilancarkan oleh kerajaan bermula tahun 2011, sebagai satu medium yang bertujuan untuk memudahkan mana-mana graduan yang masih menganggur atau ingin mencari pekerjaan dalam mempertingkatkan tahap keupayaan diri. Program SL1M juga akan membantu para graduan dari segi persiapan dengan ilmu seperti soft skills training dan on the job training, kemahiran dan pengalaman bekerja dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian dalam program SL1M agar meningkatkan prestasi masing-masing seterusnya dapat memohon untuk peluang pekerjaan yang lebih baik.

Permohonan program disasarkan untuk mengikuti program ini adalah graduan menganggur yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di pedalaman, serta graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang diperolehi.

Jangka masa latihan program SL1M adalah bergantung kepada keperluan setiap syarikat namun tempoh maksimum latihan adalah selama 12 bulan.

 

Syarat Kelayakan Mengikuti Program Skim Latihan 1 Malaysia SL1M

Para calon yang ingin mengikuti program SL1M hendaklah memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan sebelum mendaftar. Berikut merupakan syarat kelayakan:-

  • Berwarganegara Malaysia
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya dalam Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
  • Graduan merupakan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dari dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain Kerajaan Malaysia
  • Graduan tidak menerima pekerjaan setelah enam bulan memperoleh ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan
  • Sudah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima
  • Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia

 

Permohonan Program SL1M Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *