Permohonan Timur Tengah 2018 Pengajian Mesir Jordan - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Permohonan Timur Tengah 2018 Pengajian Mesir Jordan

Published

on

Permohonan Timur Tengah 2018 Pengajian Mesir Jordan. Perhatian kepada mana-mana calon yang berminat untuk menyambung pelajaran ke Timur Tengah, terutamanya buat pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang baru sahaja menerima keputusan dan juga pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan menerima keputusan tidak lama lagi.

Bagi mana-mana individu yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan), permohonan kini telah dibuka buat pelajar STAM dan SPM tahun 2017.

 

Permohonan Timur Tengah 2018 Pengajian Mesir Jordan

Adalah dimaklumkan bahawa mana-mana pelajar yang berimpian untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah bagi sesi 2018/2019, anda perlu membuat permohonan secara dalam talian (online) di https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php.

 

Maklumat Pengajian dan Prosedur Panduan Permohonan Pengajian ke Timur Tengah

Untuk pengetahuan para pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke Timur Tengah, permohonan yang ditawarkan khusus kepada bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi sahaja. Permohonan tersebut HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sahaja.

Sebagai peringatan kepada calon pemohon, penggunaan agen bagi menguruskan segala permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri. KPT TIDAK PERNAH MELANTIK mana-mana agen yang sah untuk mengendalikan permohonan pelajar ke Timur Tengah.

Berikut merupakan maklumat mengenai permohonan mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi Mesir dan Jordan. Maklumat tersebut merangkumi:-

  • Syarat permohonan ke Universiti Mesir/ Jordan
  • Bidang pengajian yang ditawarkan
  • Yuran pengajian
  • Kemudahan penginapan asrama

Sila klik Maklumat Pengajian untuk keterangan lebih lanjut. Untuk prosedur dan panduan permohonan mengikuti pengajian di institusi pendidikan tinggi Mesir dan Jordan, sila klik Panduan Permohonan Pengajian Timur Tengah.

Tarikh Permohonan Timur Tengah 2018 Dibuka

Berikut merupakan tarikh permohonan pengajian Timur Tengah Mesir dan Jordan sesi 2018 secara online dibuka bagi pelajar lepasan STAM dan SPM. Sila peka dengan tarikh tersebut sekiranya anda ingin memohon:-

1) Permohonan bagi pelajar lepasan STAM
  • Dibuka bermula 17 Januari 2017 pukul 12.00 tengahari
  • Ditutup pada 2 Februari 2017 pukul 5.00 petang
2) Permohonan bagi pelajar lepasan SPM
  • Dibuka bermula 17 Januari 2017 pukul 12.00 tengahari
  • Ditutup 10 HARI selepas tarikh keputusan rasmi SPM telah diumumkan

 

Pertanyaan Lanjut Mengenai Proses Permohonan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi untuk maklumat lanjut di talian 03-8870 6226/6627.

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *