Permohonan UIAM Ambilan Februari 2018 Online - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

Permohonan UIAM Ambilan Februari 2018 Online

Published

on

PERMOHONAN UIAM

UIAM merupakan singkatan bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ataupun International Islamic University Malaysia di dalam Bahsa Inggeris. UIAM terletak di Jalan Gombak Kuala Lumpur. Setiap tahun akan ada pengambila pelajar dijalankan oleh Pihak UIAM. Selain melalui UPU, pihak UIAM juga menjalankan pengambilan pelajar melalui sistem sendiri. Artikel kali ini akan memberikan anda maklumat mengenai permohonan UIAM Februari 2018 Online.

Jika anda masih lagi belum memasuki mana-mana Universiti dan minat kepada pengajian islam, mungkin UIA adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Tarikh Ambilan Pelajaran UIAM

Secara ringkasnya pengambilan UIAM dilakukan sebanyak tiga kali sepert yang tertera pada jadual di bawah ini:

PengambilanPerkara
FebruariWarganegara dan bukan warganegara
SeptemberWarganegara dan bukan warganegara
JuneBukan warganegara sahaja

Boleh dikatakan pengambilan dilakukan setiap tahun.

Maklumat Permohonan UIAM Ambilan Februari 2018

Berikut adalah maklumat mengenai pengambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ambilan Februari tahun 2018.

Jenis PengambilanAmbilan Februari 2018
Tarikh Permohonan dibuka1 Oktober 2017
Tarikh Permohona ditutup1 November 2017
Link permohonanMohon di sini

Cara Membuat Permohonan Online UIAM

Selepas masuk ke link di atas, anda akan di bawa kepada paparan seperti gambar di bawah ini:

uaim februari

Selepas masuk ke dalam portal berkenaan, anda bolehlah mula mendaftar. Jika sebelum ini anda pernah mendaftar, anda cuma perlua login dengan memasukkan email dan juga password. Jika anda terlupa kata laluan anda sebelum ini anda boleh terus klik “forgot password“. Anda akan diminta memasukkan email dan kata laluan baru akan dihantar melalui email anda.

Jika anda belum pernah mendaftar, klik “create new account” seperti yang dibulatkan pada gambar di atas ini. Kemudian isi borang yang diberikan dengan lengkap. Pada bahagian registration type, masukkan None of above. Ini kerana anda bukanlah mendaftar sebagai pelajar, alumni mahupun staff. Tapi anda mendaftar sebagai pemohon ataupun bakal pelajar.

Setelah selesai mengisi borang, maka anda boleh login seperti biasa dan mengisi borang permohonan.

Syarat Permohonan Kemasukan ke UIAM

Bagi undergraduate, terdapat 3 jenis katgeori kelayakan permohonan iaitu:

ex centre for Foundation Studies

Warganegara Malaysia

Bukan Warganegara Malaysia

Kelayakan berbeza bagi setiap kategori.

Kelayakan peringkat Asasi

Bagi asasi, kelayakan umum seperti berikut:

kelayakan uiam

Kelayakan Bagi Warganegara Malaysia

Kelayakan minimum STPM/STAM / DIploma / Asasi UiTM/ PASUM:

Lulus dalam SPM atau setaraf dengan keputusan minimum seperti berikut:

  • Kredit dalam Bahasa Melayu
  • Kreidt dalam Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As Sunnah / Pendidikan Syariah pada peringkat SPM atau setaraf;
  • Kredit dalam mana-mana 3 matapelajaran SPM

dan

diploma dalam mana-mana Insitut Pendidikan yang diiktiraf kerajaan Malaysia dengan minimum CGPA 3.00.

atau

Lulus dalamSTAM dengan kelulusan paling kurang Jayyid Jiddan.

atau

Lulus STPM denga CGPA 3.00 ke atas.

 

and

Pernah mengambil Ujian MUET.

Kelayakan Permohonan Khusus

Untuk melihat kelayakan permohonan secara khusus bagi setiap kursus yang ditawarkan, anda boleh lihat di sini.

Senarai Kursus yang Ditawarkan UIAM

Bagi memudahkan anda membuat pilihan, di sini kami senaraikan kursus yang ditawarkan di UIAM.

Setiap kurus yang ditawarkan berbeza bagi setiap kampus. Setakat ini terdapat 4 kampus di seluruh Malaysia iaitu:

KAMPUS GOMBAK

KAMPUS KUANTAN

KAMPUS PETALING JAYA

KAMPUS KUALA LUMPUR

Senarai Kursus di Kampus Gombak

  • Undang-undang
  • Arkitek
  • Ekonomi dan engurusan
  • Kejuruteraan
  • ICT
  • Pengajian islam
  • Pendidikan
  • Bahasa
  • Perbankan Islam

Senarai Kursus di Kampus Kuantan

  • Sains
  • Sains kesihatan bersekutu
  • Perubatan
  • Farmasi
  • Kejururawatan
  • Pergigian

Senarai Kursus di Kampus Petaling Jaya

Senarai Kursus di Kampus Kuala Lumpur

  • Pusat latihan Pendidikan

Kami ucapkan selamat maju jaya kepada anda. Semoga permohnan anda untuk memasuk Univerisit Islam Antarabangsa Malaysia tercapai. Kongsikan artikel Permohonan UIAM 2018 Online ini kepada rakan anda yang lain.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *