Permohonan UTM Sesi Februari 2018 Terkini

Permohonan UTM Sesi Februari 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan UTM Sesi Februari 2018 kemasukan peringkat Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sesi Februari tahun 2018 kini telah dibuka. Permohonan untuk kemasukan Ke Universiti Teknologi Malaysia sesi Februari 2018 dibuka kepada semua yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di sana.

 

Permohonan UTM Sesi Februari 2018

 

Untuk pengetahuan semua, selain daripada UTM, terdapat beberapa institusi pengajian awam juga yang menerima tawaran bagi sesi kedua (Februari/ Mac 2018), iaitu Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Kemasukan Ke UTM Sesi Februari/ Mac 2018

Pengajian sepenuh masa program Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sesi pengambilan kedua (Februari/ Mac 2018) akan diadakan di lokasi yang telah ditetapkan seperti UTM cawangan Kuala Lumpur dan UTM cawangan Johor Bahru.

Akan tetapi, tidak semua program ditawarkan dalam peringkat Sarjana Muda untuk ambilan sesi Februari 2018. Sekiranya bidang yang anda ingin mohon tidak ada dalam program yang ditawarkan, anda boleh membuat permohonan UPU secara online bagi sesi 2018/ 2019 yang dijangka akan dibuka pada awal tahun hadapan.

Tarikh permohonan UTM Februari Tahun 2018

Tarikh dibuka: 29 Oktober 2017
Tarikh tutup: 25 November 2017

Aplikasi Untuk Membuat Permohonan

Bagi sesiapa yang berminat untuk memohon, mereka perlu masuk ke laman web Admission to UTM untuk mengetahui prosedur untuk membuat permohonan kemasukan. Para pemohon juga perlu membuat senarai semak syarat permohonan serta menyediakan setiap dokumen yang diperlukan semasa memohon secara online.

Senarai Program Ijazah Sarjana Muda Yang Ditawarkan Pada Pengambilan Kedua (Sesi Februari 2018)

1. Sarjana Muda Sains Komputer (UTM Johor Bahru)

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  • Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan)
  • Perisian Grafik dan Multimedia

2. Sarjana Muda Pendidikan (UTM Johor Bahru)

  • Sarjana Muda Elektronik Serta Pendidikan (Binaan Bangunan)
  • Elektrik dan Elektronik
  • Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
  • Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
  • Sains Sukan

3. Program Yang Ditawarkan Di Malaysia – Japan International Institute of Technology (UTM Cawangan Kuala Lumpur)

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektronik
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kejituan
  • Kejuruteraan Proses Kimia

 

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila layari laman web rasmi Universiti Teknologi Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai prosedur pendaftaran.

Be the first to comment on "Permohonan UTM Sesi Februari 2018 Terkini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*