Senarai Biodata Peserta Gegar Vaganza 2017 Musim 4 GV4 - Thenewsia
Connect with us

Hiburan

Senarai Biodata Peserta Gegar Vaganza 2017 Musim 4 GV4

Published

on

PESERTS GV4

Gegar Vaganza merupakan rancangan nyanyian di Malaysia di mana ianya mengetengahkan bakat-bakat yang telah lama tertanam dan bertujuan untuk membuatkan artis berkenaan bersinara kembali. Tahun ini Gegar Vaganza (GV) telah pun memasuki musim ke 4. Maka Gegar Vaganza musim ini disebut sebagai GV4.  Artikel kali ini akan berkongsi mengenai senarai peserta GV4 serta biodata setiap peserta Gegar vaganza 2017.Biodata peserta gegar vaganza.

Melihat kembali kepada musim sebelum ini, berikut adalah juara bagi setiap musim.

  • Ayai Ilusi
  • Siti Nordiana (nana)
  • Azharina

Siapakah pula yang akan berjaya merebut trofi juara Gegar Vaganza musim keempat kali ini? Peserta pada tahun ini agak berlainan sedikit. Ini kerana terdapat 2 peserta dari negara seberang iaitu dari Singapura dan Indonesia. Apakah motif astro membuat kelainan pada musim kali ini? Mungkin juga ianya bertujuan menarik minat penonton di negara lain.

Senarai Biodata Peserta Gegar Vaganza 2017 GV4

Berikut kami sediakan kepada anda 12 senarai peserta yang berentap pada Gegar Vaganza kali ini.

  1. Aishah
  2. Liza Hanim
  3. Elyana
  4. Raja Azura
  5. Syura
  6. Haida
  7. Aqasha
  8.  Hazami
  9.  Ferhad
  10.  Firman
  11.  Tia Jinbara
  12.  Lan Kristal

Bagaimana pandangan anda dengan 12 peserta ini? Hebat-hebat belaka bukan. Mereka ini akan mengegarkan malam minggu anda dengan persembahan mereka.

Berikut pula kami kongsikan biodata bagi setiap peserta.

Biodata Aishah

aishah gv4

Aishah bermula dengan mengikut satu kumpulan di New Zealand yang dinamakan sebagai Fan Club. Aishah meneruskan karier solo di Malaysia dengan nama “Aishah”. Aishah meruapakan antara artis Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarbangsa sehingga berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 pada tahun 1990 dengan lagu Dont Make Me Fall Alone.

Berikut serba sedikit menengenai biodata Aishah.

  • Nama Penuh: Wan Aishah binti Wan Ariffin
  • Umur:
  • Asal: Jempol Negeri Sembilan

Senarai album: Aishah (1990)
Aishah II (1991)
Aishah III: Asia Sedunia (1992)
Klasik (1993)
Wajah (1995)
Tiada Duka Untuk Apa (1996)
Tiada Akhirnya (1998)
Pulanglah Perantau (2000)
Kurnia (2006)
Anak (2010)

Biodata Liza Hanim

liza hanim gv4

Berikut adalah Biodata Liza Hanim.

Liza Hanim mula popluar setelah menjadi naib juara dalam pertandingan Golden Teen pada tahun 1996. Liza Hanim merupakan hasil anak didikan Adnan Abu Hassan. Liza Hanim berumah tangga juga dengan seorang penyanyi iaitu anggota kumpulan Indigo. Sedikit maklumat mengenai Liza Hanim,

  • Nama Penuh: Haliza Hanim binti Abdul Halim
  • Asal: Klang, Selangor
  • umur: 37 ( 19 November 1979)
  • Album:

Epilog (1997)
Di Mana Kan Ku Cari Ganti (1998)
Puteri Jelmaan (1999)
Istimewa (2000)
Isyarat Jiwa (2001)
Ku Teruskan (2003)
Imagin (2007)

Biodata Elyana

elyana gv4

Elyana mula terlibat dengan nyanyian seawal umur 14 tahun. Elyana lebih selsa membawa lagu-lagu berentak pop, rock dan balada. Lagu ‘Niat’ beliau berjaya membuatkan namanya melonjak ketika itu pada sekitar tahun 2001. Berikut kami kongsikan biodata Elyana.

  • Nama penuh:  Erneelya Elyana binti Emrizal
  • Asal: Shah Alam, Selangor
  • Umur: 30
  • tarikh lahir: 5 julai 1987

Album:

Satu (2002)
Segalanya (2003)
Bicara Mata Ini (2005)
Jadi Diriku (2007)

Biodata Raja Azura

raja azura gv4

Ramai tidak mengetahu bahawa Raja Azura merupakan seorang penyanyi. Ramai mengenali Raja Azura hanya di dalam bidang pengacaraan dan juga lakonan. Raja Azura juga dipanggil sebagai Kak Engku. Antara tajuk lagu Raja Azura ialah, Bahaya, Hati Terkunci, Alang-alang dan banyak lagi.

  • Nama penuh: Raja Azura binti Tengku Ahmad Tajudin
  • Asal: Alor Setar, Kedah
  • Umur:  45 tahun
  • Tarikh lahir: 18 Ogos 1972

Biodata Syura

syura gv4

Syura merupakan penyanyi yang popular pada awal 2000 an dahulu. Syura merupakan rakan seperjuangan Siti Nordiana. Ini kerana mereka di bawah naungan satu syraikat yang sama iaitu FMC. Syura popula rdengan lagu – lagu berentak tradisional. Sehingga kini Syura masih aktif menyanyi cuma beliau jarang keluar di media arus perdana. Syura pernah menerima anugerah bagi kategori Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14 .

  • Nama penuh: Zuraidah Binti Badron
  • Asal: Johor Bahru, Johor
  • Umur: 31 tahun
  • Tarikh lahir: 6 Oktober 1986

Biodata Haida

haida

Haida merupakan seorang penyanyi yang aktif pada tahun 90 an. Antara lagu beliau yang popular adalah hajat dan Manis Masa Bercinta.

  • Nama penuh: Siti Haida Hasnan
  • Asal: Klang, Selangor

Mendegara nama Haida pasti ramai yang tidak berapa kenal. Tapi, cuba dengar lagu di bawah ini pastinya anda akan teringat. Beliaulah pelantun suara di dalam lagu ini.

Biodata Aqasha

aqasha

Aqasha merupakan seorang penyanyi. Walaupun ramai mengenali beliau dalam imej pelakon, Aqsha masih lagi menyanyi sehingga sekarang. Aqsha mula popular apabila berlakon sebagai tentera jepun dalam filem Embun lakonan bersama Umie Aida.

  • Nama Penuh: Firdee Akassya bin Rosli
  • Asal: Shah Alam, Selangor
  • Umur: 35 tahun
  • Tarikh lahir: 6 Oktober 1982

Biodata Hazami

hazami gv4

Hazami merupakan penyanyi yang popular dengan algu Sonata Musim Salju. Beliau mula popular di Malaysia pada sekitar tahun 2002.

  • Nama penuh: Norkamal Hazami Ahmad
  • Asal: Ipoh, Perak
  • Umur: 42
  • tarikh lahir: 22 Februari 1975

Biodata Ferhad

ferhad gv4

Ferhad merupakan penyanyi yang berasal dari Singapura. namun mencipta nama di Malaysia sekitar tahun 2000. Ferhad banyak menyanyikan lagu-lagu Inggeris

  • Nama penuh: Ferhad Iberhim
  • Asal: Singapore
  • Umur: 45
  • Tarikh lahir: 22 November 1971

Biodata Firman

firman gv4

Firman merupakan penyanyi kelahiran Indonesia. Firman popular dengan lagu”Kehilangan”.

  • Nama penuh: Firman Siagian
  • Asal: Indonesia
  • Umur: 38
  • tarikh lahir: 3 November 1978

Biodata Tia Jinbara

tia jinbara

Tia merupakan vokais kumpulan Jinbara. Tia merupakan pengganti Vokalis asal Jinbara iaitu Yabang. Yabang keluar daripada Jinbara pada tahun 2005 dan digantikan oleh Tia.

Biodata Lan Kristal

lan kristal

Lan merupakan Vokalis kumpulan Kristal. Kumpulan Kristal merupakan Band kanak-kanak pada tahun 1990-an. Kristal mula popular dengan lagu Seragam Hitam.

Kristal lahir hasil daripada ayah kepada gitaris (Rody) yang menghantar sampel lagu mereka kepada penyanyi popular Awie. Sejak dari itu, mereka telah diberi kepercayaan untuk menyanyikan lebih banyak lagu.

Lan pernah muncul dalam Gegar Vaganza musim ke-2 apabila digandingkan untuk berduet bersama Siti Nordiana dalam lagu Memori Berkasih. Sejak dari itu, mereka telah membawa fenomena ke seluruh Malaysia dengan menjadikan lagu itu kembali jadi siulan setiap orang.

  • Nama Penuh: Mohd Razlan Mohd Yusof
  • Asal:
  • Umur: 32

Hebat-hebat belaka bukan peserta Gegar Vaganza 2017 musim ke-4 ini? Siapakah peserta pilihan anda? Kongsikan artikel Senarai Biodata Peserta Gegar Vaganza 2017 ini kepada rakan anda.

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *