RESEPI AYAM MASAK UNGKEP - Thenewsia
Connect with us

Ayam

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP

Published

on


Bahan yg diperlukan:

  • Setengah ekor ayam (saiz kecil – potong siap-siap)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2  inci lengkuas (kalau ada)
  • 2 batang serai (kalau ada)
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 2 biji kentang – potong lapan untuk 1 biji
  • Sedikit kunyit
  • 3 sudu kecil garam
  • Sedikit gula

Cara-cara nak masak:

  1. Mula-mula, blend kan dulu bahan-bahan yg aku boldkan kat atas tu.
  2. Lepas da blend, tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk yg berisi ayam
  3. Masukkan sedikit kunyit, garam dan gula. Kalau kurang kuning, tambah kunyit ye. Jangan lupa rasa! Agak-agak kurang masin jangan lupa tambah garam oke.
  4.  Peramkan sekejap. Dalam 15 – 30 minit. 
  5. Panaskan minyak dalam kuali. Kuantiti minyak tu agak banyak jugak, anggaran dalam 3 senduk sebab kalau kurang minyak nanti nampak tak kering bila dah masak.
  6.  Dah panas, masukkan ayam yg diperam tadi bersama kentang. Pastikan api dipasang kecil sahaja. Biarkan dan tutup dengan tutup kuali ke, tutup periuk ke and apa-apa yg boleh dibuat tutup. 
  7. Tapi, jangan la biarkan je. Hangus nanti. hehe. Make sure kena kacau dalam setiap 5-10 minit untuk pastikan ayam tu masak.
  8. Agak-agak dah nampak kering macam kat dalam gambar kat atas tu, maknanya da siap la tuh!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *