Semasa
RESEPI KUIH SERI MUKA
Bahan-bahan ( 5 – 8orang makan )
2 cawan santan + secubit garam
2 cawan beras pulut
Bahan B…
3 Biji Telur ayam
2 cawan santan + air daun pandan ( Jika tiada daun pandan letak pes pandan pun ok )
2 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum ( mana yg adalah )
1 cawan gula
secubit garam
Cara-cara
panaskan periuk pengukus
santan dan beras pulut di campur dan dikukus – 20 minit * pastikan periuk pengukus betul2 panas
Bila pulut dah masak, keluarkan dari periuk pengukus dan padatkan guna sudu..( supaya pulut tidak pecah masa potong )
Bahan B diblender…..tuangkan atas pulut tadi. Kukus semula lebih kurang 30 minit atau hingga masak
Siappppppppp. PENTING…TUNGGU SAMPAI SEJUK BARU POTONG. NILAI KESABARAN SANGAT DIPERLUKAN KETIKA INI…. mesti cuba sebab sgt senang dan sedapppppp