RESEPI PULUT PANGGANG RINGKAS - Thenewsia
Connect with us

Kuih

RESEPI PULUT PANGGANG RINGKAS

Published

on

Bahan-bahan ( 15 batang )

-4 cawan beras pulut
-4 cawan santan
-garam secukup masin
-serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
-beberapa helai daun pandan
-daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)

Cara-cara:

  1. Pulutpgang1 cuci beras pulut dengan air suam
  2. Pulutpgang2 masukkan santan+garam+daun pandan
  3. Pulutpgang3 tutup dan masukkan dalam microwave – tekan kat ‘rice’ atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)
  4. Pulutpgang4 bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
  5. Pulutpgang6 ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
  6. Pulutpgang7 ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi
  7. Pulutpgang8 tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
  8. Pulutpgang10 gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
  9. letak atas api dan balik2kan hingga garing
  10. makan masa panas-panas… best!
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *