RESEPI UDANG BLACK PEPPER - Thenewsia
Connect with us

Seafood

RESEPI UDANG BLACK PEPPER

Published

on


Waktu memasak: 25 minit
Saiz hidangan: 2 orang

BAHAN-BAHAN:

  • 10 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • 1 biji bawang besar holand | dipotong kiub
  • Lada hitam secukupnya | dikisar kasar
  • Sos tiram secukupnya
  • 1 biji lada benggala merah | dihiris
  • 1 biji lada benggala hijau | dihiris
  • 1 sudu makan tepung jagung | dibancuh
  • Garam secukup rasa
  • Bahan perasa secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

1.  Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk, goreng udang sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2.  Panaskan minyak masak sekali lagi. Tumiskan bawang putih sehingga wangi.
3.  Kemudian masukkan sos tiram, lada hitam, cili bengala dan dan bawang. Kacau rata sehingga kesemua bahan layu.
4.  Masukkan sedikit air an biar mendidih seketika. Selepas itu masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
5.  Kemudian masukkan tepung jagung di bancuhkan dengan sedikit air dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau hingga masak.
6.  Angkat dan sedia dihidangkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *