Resepi Udang Goreng Butter - Thenewsia
Connect with us

Seafood

Resepi Udang Goreng Butter

Published

on

Perkongsian dari Nurul Azri Khalisah Aznan

Bahan sarang telur:
2 biji kuning telur
100gm butter
1 cwn minyak
Bahan udang goreng:
15 ekor udang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih dicincang
10 biji cili padi diptong (tahap kepedasan yang disukai)
3 tangkai daun kari
1/4 cwn susu cair
Sedikit butter untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam @ lada putih
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
1)Sediakan sarang telur. Pukul manja kuning telur. Panaskan butter dengan minyak. Kacau minyak dan butter yang panas secara pusingan menggunakan senduk bulat laju laju tanpa henti. Tuang kuning telur tadi tinggi sikit supaya telur jatuh halus. (Boleh juga guna acuan roti jala kalau suka). Teruskan mengacau sampai telur tu masak berwarna kuning emas. Bila masak boleh diangkat dan ditoskan.
2) Goreng udang yang digaul dengan garam dan lada sulah dengan sedikit minyak sehingga agak agak nk masak. Angkat dan toskan.
3) Panaskan butter dalam kuali dan tumis bawang putih bersama cili padi dan daun kari. Bila agak garing masukkan susu cair dan masak sekejap. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan seterusnya perasakan dengan garam dan lada hitam @ lada putih.
4) Udang yang dimasak boleh dihidangkan dengan sarang telur yang telah disiapkan tadi… 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *