SAPS Ibu Bapa 2018 Semakan Online - Thenewsia
Connect with us

Pendidikan

SAPS Ibu Bapa 2018 Semakan Online

Published

on

SAPS Ibu Bapa 2018 Semakan Online. Apakah yang dimaksudkan dengan SAPS Ibu Bapa? Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan bertujuan untuk memudahkan ibu bapa/ penjaga untuk menyemak keputusan pencapaian akademik anak masing-masing.

 

SAPS Ibu Bapa 2018 Semakan Online

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan satu sistem iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk memudahkan para pendidik untuk memasukkan dan membuat kemaskini data pelajar, maklumat kelas, dan maklumat mengenai pencapaian mata pelajaran setiap pelajar bagi setiap kelas di bawah kendalian guru masing-masing.

Selain itu, ianya juga memudahkan ibu bapa untuk membuat semakan mengenai prestasi semasa akademik anak-anak mereka di sekolah. Keputusan peperiksaan juga boleh disemak dan dimuat turun (download) secara online.

Keputusan Yang Boleh Disemak Melalui Aplikasi SAPS Ibu Bapa 2018 Semakan Online

Untuk pengetahuan para ibu bapa, sistem aplikasi SAPS hanya terhad kepada semakan keputusan ujian/ peperiksaan yang diadakan dalam sekolah, tidak termasuk keputusan untuk peperiksaan rasmi selaras seperti UPSR, PT3 dan SPM. Untuk mengetahui keputusan penuh UPSR, PT3 dan SPM, anda boleh merujuk terus ke pihak sekolah masing-masing di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau di Jabatan Pendidikan negeri (JPN).

Berikut merupakan senarai keputusan ujian/ peperiksaan yang boleh disemak melalui aplikasi SAPS ibu bapa 2018 semakan online:

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan untuk UPSR, PT3 dan SPM

 

Cara Menyemak Aplikasi SAPS Ibu Bapa Secara Online

1. Masuk ke laman web Aplikasi Rasmi SAPS IBU BAPA

2. Kemudian akan terpapar ke halaman utama seperti gambar di bawah

3. Menurut paparan skrin, terdapat dua langkah iaitu langkah pertama untuk Carian Murid, manakala langkah kedua adalah untuk Carian Sekolah

4. Untuk langkah pertama (Carian Murid), sila masukkan nombor sijil lahir atau nombor kad pengenalan pelajar (TANPA “-” atau “SPACE”)

5. Untuk langkah kedua (Carian Sekolah), anda boleh menyemak maklumat prestasi pelajar, sama ada prestasi sekolah sebelum ini atau sekolah terkini di mana anak anda ditempatkan sekarang. Pilih negeri dan nama sekolah.

6. Kemudian, tekan semak.

7. Selepas itu, keputusan akademik anak-anak anda akan dipamerkan di skrin sebagai rujukan anda dan juga anak anda

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *