Semakan Baki Penyata ASB Online MyASNB - Thenewsia
Connect with us

Umum

Semakan Baki Penyata ASB Online MyASNB

Published

on

Semakan Baki Penyata ASB Online MyASNB. Perhatian kepada mana-mana individu yang melabur di Amanah Saham Bumiputera (ASB). Untuk makluman semua, ASB tidak akan lagi menggunakan buku akaun untuk sebarang proses tambah wang pelaburan, pengeluaran duit dari akaun, atau kemaskini maklumat dalam buku akaun. Jelasnya, anda tidak boleh lagi merujuk di buku akaun kerana tiada lagi cetakan rekod transaksi serta baki terkini selepas apa-apa urusan di ASB.

Namun begitu, anda tidak perlu risau. Anda boleh merujuk terus baki rekod transaksi anda di kaunter. Terkini, ASB telah memperkenalkan semakan baki penyata secara online, iaitu melalui portal MyASNB.

 

Semakan Baki Penyata ASB Online MyASNB

Selaras dengan arus pemodenan, ASB telah memperkenalkan sistem semakan baki penyata ASB secara online, iaitu portal MyASNB.

Melalui portal ini, anda boleh menyemak segala rekod transaksi dan baki terkini anda di dalam ASB. Bukan itu sahaja, portal tersebut juga memberi akses kepada kesemua produk unit amanah ASNB iaitu ASB, ASB2, ASW 2020, ASM, AS1M, ASD, ASN, ASN2, ASN3, dan ASG.

Cara Mendaftar Semakan Baki Penyata ASB Online MyASNB

 

Berikut merupakan langkah-langkah mudah untuk membuat permohonan pendaftaran agar anda boleh menggunakan portal MyASNB:-

  1. Pergi ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB untuk mendaftar/ kemaskini nombor telefon bimbit yang digunakan dan dapatkan nombor ahli yang baru (12 digit). Nombor telefon tersebut diperlukan untuk menerima SMS Kod Pengesahan Transaksi (TAC) semasa mendaftar.
  2. Seterusnya, pergi ke laman web https://www.myasnb.com.my/
  3. Skrol ke bawah dan klik butang hijau DAFTAR DI SINI.
  4. Ikuti langkah-langkah seperti yang telah ditetapkan dalam laman web untuk mendaftar.
  5. Setelah selesai proses pendaftaran, kata laluan sementara akan diberikan.
  6. Klik pada LOG MASUK KALI PERTAMA dengan menggunakan ID Pengguna yang telah didaftarkan dan masukkan kata laluan sementara. Setelah berjaya login, tukar kata laluan tersebut.
  7. Keluar semula daripada portal. Kemudian, login semula dengan menggunakan kata laluan yang telah ditukar.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Dalam Portal MyASNB

  • Kedudukan Pegangan Portfolio
  • Rekod Transaksi
  • Status Transaksi
  • Pelaburan Tambahan
  • Muat turun penyata akaun
  • Kemaskini maklumat dan butiran peribadi
1 Comment

1 Comment

  1. Shahrul nizam

    October 9, 2018 at 2:46 am

    Chek asb online & tranfer fuad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *